Header Ads

Permohonan Latihan Separa Perubatan 2023 SPA9 (Sijil & Diploma)

Permohonan Latihan Separa Perubatan 2023 SPA9 (Sijil & Diploma). Jawatan SPA terkini dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)? Panduan buat anda yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan separa perubatan sesi Januari tahun 2023. Untuk makluman menerusi portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia menawarkan 875 kekosongan jawatan Latihan Separa Perubatan tahun 2023 bagi kemasukan baharu sesi Januari. Bagi pemohon lepasan SPM tahun 2023 yang berkelayakan dan berminat boleh membuat permohonan Latihan Separa Perubatan secara online di laman portal rasmi SPA9.

Permohonan Latihan Separa Perubatan 2023 SPA9 (Sijil & Diploma)

Apa Itu Separa Perubatan?


Latihan Separa Perubatan merupakan satu kursus atau program yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi lepasan SPM yang berusia daripada 17 tahun hingga 25 tahun. Terdapat sebanyak 11 latihan bagi program Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma dan Sijil.

Kursus ini mengambil masa selama 3 tahun bagi program Diploma manakala peringkat Sijil selama 2 tahun sahaja. Pelatih akan menerima elaun setiap bulan dan disediakan kemudahan-kemudahan di beberapa Pusat Kolej Kesihatan seluruh Malaysia. Selepas tamat pengajian, pelatih Separa Perubatan akan menjalani ujian untuk kemasukan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Senarai Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma


Terdapat beberapa program yang ditawarkan dalam Latihan Separa Perubatan, antaranya berikut ;

1. Jururawat
2. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
3. Penolong Pegawai Perubatan
4. Juru X-ray
5. Juruteknologi Makmal Perubatan
6. Jurupulih Perubatan (Anggota)
7. Jururawat (PSL)
8. Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
9. Penolong Pegawai Farmasi
10. Juruterapi Pergigian


Senarai Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil


1. Pembantu Kesihatan Awam
2. Pembantu Pembedahan Pergigian

Permohonan Latihan Separa Perubatan 2023 SPA9 (Sijil & Diploma) 


Bagi anda yang ingin memohon jawatan kosong Latihan Separa Perubatan sesi Januari 2021 telah dibuka dan tarikh tutup permohonan adalah pada 4 Julai 2021 hari Ahad jam 11.59 malam.

Permohonan Latihan Separa Perubatan 2021/2022 SPA9 (Sijil & Diploma)


Jika anda berminat dengan program Separa Perubatan, bolehlah klik sini untuk mendaftar akaun baru SPA9 bagi anda yang masih belum ada akaun untuk memohon jawatan kosong SPA.

BACA JUGA : Cara Isi Borang Permohonan SPA9 Online


Jika anda berjaya dipanggil untuk peperiksaan online dan temuduga Separa Perubatan akan dimaklumkan melalui email atau boleh semak melalui portal web SPA.

Semoga anda berjaya mendapat mengisi kekosongan di Kolej Kejururawatan tahun 2023.

1 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.