Header Ads

Syarat Kelayakan Permohonan SPA8i Terkini

Syarat Kelayakan Permohonan SPA8i Terkini |Anda ingin membuat permohonan SPA8i? Sebelum anda nak buat permohonan, pastikan semak dahulu syarat kelayakan permohonan SPA8i bagi sesuatu jawatan yang dipohon. Sudah kita ketahui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah menyediakan satu sistem yang dikenali sebagai SPA8i yang diwujudkan bagi memohon jawatan kosong dalam pelbagai bidang di sektor kerajaan.

Syarat Kelayakan Permohonan SPA8i Terkini



Syarat Kelayakan Permohonan SPA8i Terkini 


Berikut dikongsikan adalah tentang syarat-syarat kelayakan permohonan SPA8i secara online. Secara umumnya permohonan jawatan terbahagi kepada beberapa kategori bagi pemohon ;

Lepasan SPM
Lepasan STPM
Lepasan STAM
Latihan Separa Perubatan
● Orang Kurang Upaya
Diploma
Ijazah/Sarjana/PHD

Syarat Kelayakan SPA Lepasan SPM 


● Lulus enam (6) mata pelajaran termasuk bahasa Melayu dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat LULUS dalam satu peperiksaan atau ;
● Lulus enam (6) mata pelajaran termasuk bahasa Melayu dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat LULUS yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut atau ;
● Memenuhi syarat kelayakan bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu.


Syarat Kelayakan SPA Lepasan STPM


Bagi pemegang sijil STPM, anda kini telah menggunakan sistem Nilai Gred Mata Pelajaran sebagai penanda aras keputusan pelajar.

Syarat Kelayakan SPA Lepasan STAM 


A. Lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran pada peringkat Maqbul dalam satu peperiksaan dengan kombinasi mata pelajaran berikut:

1. dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau

2. satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau

3. satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau

4. dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah; atau

5. dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau

6. dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau

7. tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah; atau

8. tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau

9. satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau

10. satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin.


Syarat Kelayakan SPA Bagi OKU 


Boleh rujuk syarat kelayakan SPA bagi kategori OKU 👉 SEMAK SYARAT 

Dengan adanya artikel ini syarat kelayakan permohonan SPA8i dapat membantu mereka yang ingin memohon jawatan dalam sektor awam. Semoga andacom berjaya menempatkan diri dalam kerja kerajaan. Simpan dan bookmark artikel ini.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.