Header Ads

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan SPA

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan SPA| Adakah anda calon peperiksaan online SPA? Jika ya! Sudah tentunya anda perlu mengetahui kriteria atau bentuk soalan peperiksaan online yang dianjurkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Secara kebiasaannya kini anda akan diberi 2 atau 3 seksyen soalan dengan diperuntukkan masa oleh pihak SPA. Salah satunya seksyen soalan adalah soalan daya menyelesaikan masalah.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan SPA

Bagi soalan daya menyelesaikan masalah, ia lebih ke arah calculation dan daya fikiran anda untuk menyelesaikan masalah soalan tersebut. Kebanyakan calon mengeluh seksyen ini kerana diberikan masa tidak mencukupi untuk menjawab kesemua 40 soalan dalam masa 50 minit. Hal ini kerana terdapat konsep matematik yang perlu diingat semula dan memerlukan masa yang pantas untuk selesaikan soalan pengiraan.

Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah kemahiran logik, menginterpretasi dan analisis data dan matematik yang hanya merangkumi silibus SPM. Untuk pengetahuan calon juga, seksyen ini dibahagikan tiga bahagian iaitu kemahiran logik, menginterpretasi data dan konsep matematik dan akaun.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan SPA


Berikut adalah contoh-contoh soalan daya menyelesaikan maslah peperiksaan online SPA yang sering ditanya. Ia bukan lah soalan ramalan atau pun soalan bocor. Sebagai panduan anda mengetahui bentuk atau gambaran soalan Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah seperti di bawah ;

i) Kemahiran Logik


ii) Menginterpretasi Data

1.

2.

iii) Konsep Matematik

1. Dalam satu pertandingan Bola Sepak sebanyak 8 pasukan mengambil bahagian. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain), berapakah jumlah perlawanan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut.

A. 28
B. 49
C. 56
D. 62
Jawapan: A

Pengiraan: Ada 8 pasukan yang mengambil bahagian. Tiap-tiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu tiap-tiap pasukan mesti bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 (8 x 7) permainan,
tetapi satu pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali. Oleh itu untuk mengelakkan pengiraan dua kali permainan maka jumlah permainan
ialah 8x7/2 = 28.

2. Sebuah mesin membuat roti dapat menghasilkan 550 buku roti dalam sehari. Waktu operasi kilang tersebut ialah hari Isnin hingga Sabtu dan mempunyai seramai 9 orang pekerja. Pengeluaran sebuah kilang roti yang mempunyai 7 mesin roti yang sama dan didapati 2 buah mesin telah rosak. Hitung jumlah pengeluaran roti dalam masa 2 hari.

A. 5500
B. 1500
C. 7700
D. 6500

3. Bundarkan puluh ribu hasil tambah 15 ribu, 3 puluh ribu dan 8 ribu ialah ...

A. 53477
B. 53000
C. 50000
D. 53400

Inilah antara contoh-contoh soalan seksyen B daya menyelesaikan masalah peperiksaan SPA. Jangan risau soalan ini adalah dalam bentuk objektif. Jika anda keliru soalan, boleh saja teka jawapan yang logik.

Baca juga :
● Contoh Soalan Matematik Peperiksaan Online SPA
Contoh Soalan Pengetahuan Am SPA 

Selamat maju jaya kepada calon peperiksaan online SPA.

Kredit : infokerjaya

Penafian : Contoh soalan ini adalah hanya bentuk gambaran bukannya soalan bocor atau pun ramalan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.