Header Ads

Contoh Soalan Matematik Peperiksaan Online SPA

Contoh Soalan Matematik Peperiksaan Online SPA |Adakah anda calon peperiksaan online SPA? Dalam peperiksaan online untuk jawatan dalam sektor awam, ada bahagian soalan atau seksyen dinamakan Daya Menyelesaikan Masalah. Ia merupakan bahagian utama di dalam mana-mana peperiksaan online untuk pelbagai jawatan atau kerjaya dalam sektor kerajaan seperti Pegawai Kastam, Pegawai Tadbir Diplomatik, Pegawai Penerangan, Pegawai Teknologi Maklumat, Pegawai Eksekutif LHDN dan banyak lagi.

Contoh Soalan Matematik Peperiksaan Online SPA

Bahagian ini sangat penting kerana ia menguji dalam kemahiran logik, menginterpretasi dan analisis data dan konsep matematik yang hanya merangkumi silibus Matematik SPM. Untuk artikel ini, tim SPA8i akan berikan contoh soalan matematik peperiksaan online SPA.

Contoh Soalan Matematik Peperiksaan Online SPA (Seksyen Menyelesaikan Masalah)


Dalam seksyen B bahagian soalan Matematik yang berkisarkan soalan SPM, and akan diberikan soalan-soalan Matematik yang dianggap paling sukar untuk dijawab kerana memerlukan masa yang agak lama untuk pengiraaan. Disini juga anda perlu memahami beberapa konsep dan istilah Matematik seperti mod, median, min dalam sub-sub topik Statistik.

Berikut dikongsikan adalah contoh soalan Matematik peperiksaan online SPA :

1. Husniah mempunyai 5 gulung tali. Panjang setiap gulung tapi adalah 3.5 meter. Dia menggunakan 3 gulung tali dan 145 cm daripada satu gulung yang lain. Cari panjang dalam meter, baki tali yang belum digunakan.
A. 2.05
B. 5.55
C. 8.45
D. 10.55
E. 9.65

2. Cari median bagi taburan nombor ini:
| 23 | 25 | 23 | 23 | 24 | 25 | 24 | 25 |
A. 23.5
B. 24
C. 24.5
D. 25
E. 25.5

3. x(x-2y)-(y-x)2 =
A. –y2
B. 2x2-y2
C. 2xy-y2
D. -2xy-y2
E. y2-x

4. Bundarkan 309628 kepada ribu yang hampir
A. 309000
B. 309600
C. 310000
D. 310600
E. 310028

5. Kereta Encik Vicky menggunakan 5 liter 500ml petrol setiap hari.
Berapakah isi padu petrol yang digunakan dalam masa 4 hari ?
A. 21 liter
B. 21 liter 500 ml
C. 22 liter
D. 22 liter 500ml

6. Dalam Rajah 1, PQR ialah suatu garis lurus. Cari nilai x.

Rajah 1
A. 340°
B. 260°
C. 250°
D. 235°

7. Antara jawapan berikut yang manakah SALAH ?
A. 12.5 + 4.5 x 5 = 85.0
B. 36.5 ÷ 5 x 4 = 29.2
C. 13.5 x 5 + 5 = 72.5
D. 58.38 + 4 – 7 = 55.38

8. 25/100 adalah bersamaan dengan
A. 2.5
B. 0.25
C. 0.025
D. 0.00025

9. Skor yang diperolehi oleh kumpulan dalam satu permainan adalah

4, 1, 5, 2, 3, 2, 4, 5

Cari skor median bagi taburan itu.
A. 2.5
B. 3
C. 3.5
D. 4

10. Sebuah bas bergerak dari Butterworth ke Muar. Perjalanan itu mengambil masa 8 jam 15 minit. Bas itu tiba di Muar pada 5.05 a.m pada hari yang berikutnya. Apakah waktu bas itu meninggalkan Butterworth ?
A. 10:50 malam
B. 9:50 malam
C. 10:10 malam
D. 8:50 malam

Tak susah bukan? Inilah antara contoh-contoh soalan matematik peperiksaan online SPA yang sedikit sebanyak dapat membantu kepada calon memberi gambaran jelas untuk menjawab soalan seksyen ini. Kebanyakkan soalan boleh dicongak dengan mudah dan sebahagiannya memerlukan anda melakukan sedikit pengiraan dan selebihnya berkaitan konsep matematik yang asas.

Terima kasih anda memilih platform ini sebagai rujukan anda. Pihak kami akan mengemaskini soalan dari semasa ke semasa. Selamat jaya menduduki peperiksaan online SPA jawatan kerajaan.

Penafian : Contoh soalan ini adalah hanya bentuk gambaran bukannya soalan bocor atau pun ramalan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.