Header Ads

Contoh Soalan Pengetahuan Am Peperiksaan Online SPA

Contoh Soalan Pengetahuan Am Peperiksaan Online SPA | Adakah anda calon peperiksaan online SPA? Jika ya! Sudah tentunya anda perlu mengetahui kriteria atau bentuk soalan peperiksaan online yang dianjurkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Secara kebiasaannya anda akan diberi 2 atau 3 seksyen soalan untuk dijawab kesemuanya dalam masa yang diperuntukkan oleh SPA. Salah satunya seksyen soalan adalah soalan pengetahuan am.

Contoh Soalan Pengetahuan Am Peperiksaan Online SPA

Bagi soalan pengetahuan am peperiksaaan online SPA, ia agak umum. Soalan-soalan yang akan ditanya kebiasaannya melibatkan beberapa perkara antaranya bidang kerja sosial, perpaduan negara, keharmonian negara, teknologi maklumat dan komunikasi, pentadbiran negara dan keselamatan negara termasuklah juga isu semasa negara dan di luar negara.

Namun begitu, anda perlu tahu juga setiap jawatan yang diadakan peperiksaan agak berbeza misalnya jika peperiksaaan online pegawai LHDN, ia akan lebih memfokuskan tentang kerjaya sebagai pegawai LHDN. Bentuk-bentuk soalan yang ditanya kebanyakkan berkaitan cukai, elaun dan sebagainya. Okay kali ini tim spa8i kongsikan contoh soalan pengetahuam am peperiksaan SPA sebagai rujukan anda.

Contoh Soalan Pengetahuan Am Peperiksaan Online SPA


Berikut adalah contoh-contoh soalan pengetahuan am peperiksaan online SPA yang sering ditanya. Ia bukan lah soalan ramalan atau pun soalan bocor. Sebagai panduan anda mengetahui bentuk atau gambaran soalan Seksyen A - Pengetahuan Am.

1. Dasar sosial negara mempunyai objektif utama seperti berikut KECUALI :
A. Berdaya tahan dan mengekalkan sistem demokratik
B. Menjana sinergi multisektor
C. Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan dan perkhidmatan sosial
D. Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat.

2. Kementerian yang diberi mandat untuk menerajui Perbincangan
Transformasi Nasional 50 (TN50) adalah
A. Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi
B. Kementerian Komunikasi & Multimedia
C. Kementerian Kewangan
D. Kementerian Belia dan Sukan

3. Berikut adalah benar tentang Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)
kecuali
A. Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) merupakan peralihan
 kerajaan daripada Strategi Lautan Merah Kebangsaan
B. Kerajaan menggunakan prinsip NBOS untuk mencapai status
 negara berpendapatan tinggi
C. NBOS menekankan prinsip impak tinggi, kos rendah,
 pelaksanaan pantas dan mampan
D. NBOS adalah asas kepada Strategi Pembangunan Nasional
 Malaysia (MyNDS)

4. Antara berikut, pilih padanan yang sesuai tentang kategori mahkamah
dan jenis mahkamah di Malaysia
I. Mahkamah Rendah --> Mahkamah Penghulu
II. Mahkamah Atasan -> Mahkamah Sesyen
III. Mahkamah Khas --> Mahkamah Juvana
IV. Mahkamah Adat --> Mahkamah Pegawai
A. I sahaja
B. I, II dan III
C. I, I, III dan IV
D. I dan IV

5. Apakah panggilan yang diberikan kepada ahli dalam Dewan Negara.
A. Senator
B. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
C. Ahli Majlis
D. Ahli Dewan Negara

6. Pilih kes-kes sivil yang berkaitan dengan Mahkamah Awam?
I. Jenayah curi wang syarikat
II. Saman hutang yang dituntut
III. Hal ehwal tuntutan harta pusaka
IV. Dokumen perjalanan yang dipalsukan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

7. Badan perundangan di Malaysia mempunyai beberapa komponen
utama KECUALI
A. Yang di-Pertuan Agong
B. Parlimen
C. Dewan Negara
D. Dewan Rakyat

Inilah antara contoh-contoh soalan seksyen A Pengetahuan AM peperiksaan SPA. Jangan risau soalan ini adalah dalam bentuk objektif. Jika anda keliru soalan, boleh saja teka jawapan yang logik.

Baca juga :
Contoh Soalan Matematik Peperiksaan Online SPA
Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah SPA

Selamat maju jaya kepada calon peperiksaan online SPA. Semoga mendapat keputusan terbaik.

Penafian : Contoh soalan ini adalah hanya bentuk gambaran bukannya soalan bocor atau pun ramalan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.