Header Ads

Contoh Soalan Peperiksaan Juruaudit Gred W29 & W41 2017/18

Contoh Soalan Peperiksaan Juruaudit W29 & W41 2017/18 | Untuk tahun ini saja terdapat beberapa peperiksaan online SPA yang telah diadakan antaranya exam Pegawai LHDN, Pegawai Kawalan Udara, Pegawai Tadbir dan Diplomatik dan lain-lain lagi. Untuk makluman anda, kini Jabatan Audit Negara telah membuka pengisian 60 jawatan kosong bagi Juruaudit Gred W29 dan W41. Permohonan ini akan ditutup pada 19 November 2017.

Contoh Soalan Peperiksaan Juruaudit W29 & W41 2017/18

Bagi calon yang berminat boleh terus membuat permohonan Juruaudit Gred W29 & W41 2017 di portal SPA. Sudah pasti bagi anda yang telah membuat permohonan jawatan Juruaudit dan anda mesti ingin tahu rujukan contoh soalan peperiksaan Juruaudit yang akan diadakan nanti. Jadi disini adalah platform terbaik untuk anda mendapatkan gambaran awal contoh-contoh soalan Exam Online Juruaudit Gred W41 & W29 sesi 2017/18. Okay sebelum itu dikongsikan apa tugasan sebagai Juruaudit Gred W29 dan W41 !

Deksripsi Tugas Juruaudit 


● Deskripsi Tugas Penolong Juruaudit Gred W29

Tugas sebagai Penolong Juruaudit Gred W29 adalah Menolong Juruaudit dalam menjalankan auditan terhadap akaun dan aktivit-aktiviti Kerajaan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain kumpulan wang yang di bawah bidang kuasa Ketua Audit Negara.

Gaji Penolong Juruaudit Gred W29 sekitar RM1,498.00 sehingga RM5,678.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Penolong Juruaudit Gred W29 pula berjumlah RM145.00.

● Deskripsi Tugas Juruaudit Gred W41

Tugas sebagai Juruaudit Gred W41 adalah Mengaudit dan menyediakan draf Laporan Audit, Akaun-akaun Kerajaan, Badan-badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Agama Islam dan lain-lain kumpulan wang.

Gaji Juruaudit Gred W41 sekitar RM2,094.00 sehingga RM9,585.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Juruaudit Gred W41 pula berjumlah RM225.00.

Contoh Soalan Peperiksaan Juruaudit Gred W29 & W41 2017/18


Berikut adalah informasi lanjut tentang jawatan Juruaudit Gred W29 dan W41 mengenai contoh soalan, format soalan dan nota rujukan peperiksaan online Juruaudit 2017 ;

Format Peperiksaan Juruaudit Gred W41 & W29 2017


Untuk peperiksaan Juruaudit Gred W29 & W41 dijalankan secara online dengan dibahagikan kepada dua (2) seksyen iaitu Pengetahuan am dan Daya Menyelesaikan Masalah.

● SEKSYEN A : PENGETAHUAN AM

● SEKSYEN B : DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Contoh Soalan Juruaudit Gred W41 & W29


Berikut adalah contoh soalan pengetahuan am Juruaudit Gred W41 & W29 dan contoh soalan daya menyelesaikan masalah Juruaudit Gred W41 & W29 seperti di bawah ;

Seksyen A : Pengetahuam Am Juruaudit Gred W29 & W41

Dalam seksyen ini soalan-soalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan jawatan Juruaudit termasuklah mengenai politik, sosial, ekonomi, hal ehwal semasa, sains teknologi, perdagangan dan lain-lain lagi.

Masa : 40 minit
Soalan : 50 soalan aneka pilihan

1. Ketua dalam bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Kementerian Dalam Negeri (KDN) ialah
A. Setiausaha Bahagian Gred Khas C
B. Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F54
C. Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F52
D. Ketua Penolong Setiausaha Gred F48

2. Namakan mantan Perdana Menteri yang mengasaskan Transformasi Pembangunan
Luar Bandar Pertama pada tahun 1957.
A. Tunku Abdul Rahman
B. Tun Abdul Razak
C. Tun Hussein Onn
D. Tun Dr. Mahathir

3. Jabatan Audit Negara ialah sebuah jabatan di bawah
A Jabatan Perdana Menteri. 
B Jabatan Perkhidmatan Awam.
C Kementerian Kewangan Malaysia.
D Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan.

4. Perdana Menteri perlu merujuk kepada satu pihak sebelum membuat lantikan
Hakim Besar. Siapakah pihak tersebut?
A. Ketua Menteri Sabah
B. Ketua Menteri Sarawak
C. Ketua Hakim Negara
D. Hakim-Hakim Besar

5. Berikut merupakan firma perakaunan terbesar di dunia, kecuali
A KPMG.
B Lloyds. 
C Ernst & Young.
D PricewaterhouseCoopers.

Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah Juruaudit Gred W29 & W41

Dalam Seksyen B berkisarkan soalan mengukur daya menyelesaikan masalah  dan soalan matematik. Soalan matematik yang ditanya dalam soalan merangkumi standard SPM sahaja.

Masa : 50 Minit
Soalan : 40 soalan aneka pilihan

I. Kemahiran Menggunakan Logik


Contoh Soalan Peperiksaan Juruaudit W29 & W41 2017/18

II. Kemahiran Menginterpretasi Data

1. Carta berikut menunjukkan bilangan pelancong tempatan dan luar negara yang melawat ke Zoo Negara dari bulan Januari hingga Mac.

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN

Pada bulan April , bilangan pelancong luar negara telah menurun sebanyak 40 peratus manakala bilangan pelancong tempatan adalah 1/3 berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatan dan pelancong luar negara yang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.

A. 20 orang  C. 60 orang
B. 40 orang  D. 80 orang

Jawapan : B

Teknik menjawab soalan

Pelancong luar negara:
40/100% x 400 = 160
400 - 160 = 240

Pelancong tempatan :
1/3 x 600 = 200

Beza pelancong Bulan April :
240 - 200 = 40

III. Konsep Matematik

Contoh Soalan Peperiksaan Juruaudit W29 & W41 2017/18

Baca lanjut :

● Contoh Soalan Matematik Peperiksaan Online SPA
● Gaji, Kelayakan dan Tugas Penolong Juruaudit Gred W29
PERINGATAN : Contoh-contoh soalan yang dikongsikan oleh pihak kami hanyalah sekadar contoh dan gambaran sahaja, tidak mempunyai kaitan soalan ramalan atau bocor soalan.

Jadi bagaimana dengan anda sekarang? Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi peperiksaan Juruaudit Gred W29 & W41 sesi 2017/2018?


Nak Persediaan Pantas Rujukan Lengkap Contoh Soalan Peperiksaan Online Juruaudit Gred W41 & W29!



Anda juga boleh join group telegram Juruaudit menerusi link di bawah ;

Join Group Channel Telegram Juruaudit 2017 


KLIK LINK INI 👉 https://t.me/rujukanjuruaudit

Pihak SPA8i.net tidak berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Audit Negara Malaysia. Apa yang tim SPA8i.net sediakan adalah bantuan persediaan calon untuk menduduki peperiksaan. Soalan disediakan bukan BUKU KAJIAN jauh sekali soalan sebenar peperiksaan. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon dilengkapi dengan nota-nota persediaan.

1 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.