Header Ads

Contoh Soalan Temuduga SPA Kerajaan

Contoh Soalan Temuduga SPA | Anda dipanggil untuk temuduga kerja kerajaan? Sudah pasti di fikiran anda terfikir apa soalan yang akan ditanya oleh panel penemuduga. Bagi yang pertama kali bakal menduduki temuduga SPA sudah tentu akan lebih gelisah dan risau apa persediaan yang perlu dilakukan. Okay disini dikongsikan contoh soalan temuduga SPA untuk dijadikan rujukan anda.

Contoh Soalan Temuduga SPA

Contoh Soalan Temuduga SPA Kerja Kerajaan 


Berikut adalah contoh soalan temuduga SPA Kerja Kerajaan yang berkaitan tentang pengenalan diri, kelayakan dan pengalaman, info jawatan, penyelesaian masalah, kenegaraan, isu semasa dan soalan psikologi.

A. PENGENALAN DIRI

1. Sila terangkan mengenai diri anda.
2. Apakah subjek yang paling anda minati semasa belajar di universiti dan terangkan
mengapa?
3. Bolehkah anda terangkan mengenai
projek akhir tahun anda di universiti?
4. Apa pekerjaan keluarga?
5. Boleh sebutkan keputusan SPM anda?
6. Apakah persediaan yang anda buat untuk temuduga ini?
7. Dah berapa kali dapat interview kerajaan ini?
8. Belajar di mana sebelum ini?

KELAYAKAN DAN PENGALAMAN

1. Mengapakah kami patut mengambil anda bekerja dengan kerajaan?
2. Cuba terangkan apakah tugas-tugas anda di tempat anda bekerja sekarang.
3. Apakah pencapaian anda yang dapat menerangkan bahawa anda mempunyai inisiatif dan kesungguhan dalam pekerjaan anda?
4. Apakah kejayaan yang paling membanggakan dalam hidup anda?
5. Awak ada diploma, kenapa minta jawatan berkelayakan SPM ini?
6. Kenapa awak tidak sambung ijazah sedangkan keputusan diploma awak cemerlang?
7. Apakah kebolehan juga kemahiran awak yang kami perlukan?

INFO JAWATAN

1. Pada pandangan anda, yang manakah lebih penting antara peraturan-peraturan ataupun kecekapan dan kepakaran seseorang jurutera bagi menghasilkan sesebuah projek pembangunan yang berkualiti?
2. Senaraikan tugas-tugas pembantu tadbir?

PENYELESAIAN MASALAH

1. Sekiranya kakitangan bawahan menegur hasil kerja anda, apakah tindakan anda dan
bolehkah anda menerima kritikan tersebut?
2. Sebagai seorang yang aktif bersukan, apakah pandangan dan nasihat anda bagi melahirkan kakitangan awam yang cergas dan tinggi produktivitinya?
3. Apakah yang dapat anda sumbangkan untuk mewujudkan situasi bekerja yang positif dalam jabatan sekiranya anda diterima?
4. Apakah perkara asas dalam menyelesaikan sebarang masalah yang timbul di tempat kerja anda?
5. Apakah ciri-ciri seorang pemimpin?

KENEGARAAN

1. Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang pertama?
2. Sebutkan 5 dasar-dasar Kerajaan Malaysia?
3. Bilakah Malaysia melancarkan Tahun Melawat Malaysia?
4. Cuba anda terangkan secara ringkas apa itu 1 Malaysia?
5. Apakah nama Yang dipertuan Agong Malaysia?
6. Apakah nama bendera malaysia?

ISU SEMASA

1. Boleh anda terangkan berapakah harga minyak mentah di pasaran dunia sekarang?
2. Apakah isu semasa yang hangat diperkatakan sekarang ni dalam media massa?
3. Apa pendapat anda tentang kenaikan harga barang?
4. Berikan pendapat anda mengenai masalah gejala sosial di Malaysia.

SOALAN PSIKOLOGI

1. Adakah anda sanggup berkhidmat di Sabah atau Sarawak/pedalaman?
2. Jawatan ini adalah secara kontrak. Adakah anda masih mahu menerimanya?
3. Jika anda menggunakan kenderaan pejabat untuk menghantar anak ke sekolah, apa pendapat anda?
4. Adakah anda sedia untuk bertukar tempat kerja pada masa hadapan? Sememangnya itu selalu berlaku kepada kakitangan awam.
5. Apa yang awak buat dalam masa sepuluh tahun ni?

Sudahkah cukup lengkap untuk persiapan anda menduduki temuduga SPA kerajaan? Ingin dapatkan rujukan lengkap lulus temuduga dengan mudah!

Baca juga : Soalan dan Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan SPA

DAPATKAN RUJUKAN LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN 



Selamat maju jaya kepada calon-calon temuduga SPA.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.