Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Juruaudit Gred W41

Gaji, Kelayakan & Tugas Juruaudit Gred W41 | Berminat bekerja di sektor awam? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Permohonan jawatan kosong Juruaudit boleh dibuat secara online di laman web rasmi SPA. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Juruaudit Gred W41. Lihat ini juga → Permohonan Jawatan Juruaudit W41

Gaji, Kelayakan & Tugas Juruaudit Gred W41

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Juruaudit Gred W41 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Jabatan Audit Negara Malaysia. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Juruaudit bagi permohonan kerja lepasan Ijazah menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Juruaudit Gred W41


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Juruaudit W41 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Juruaudit Gred W41


Gaji Juruaudit Gred W41 sekitar RM2,094.00 sehingga RM9,585.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Juruaudit Gred W41 pula berjumlah RM225.00.

Syarat Kelayakan Juruaudit Gred W41


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 (Gaji Permulaan pada Gred W41 : RM2,300.73); atau
● Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred W41 : RM2,819.63); atau
● Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred W41 : RM2,819.63); atau
● Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred W41 : RM2,923.41); atau
● Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41:RM3,027.19)

Jawatan Juruaudit Gred W41 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

>> Artikel berkaitan : Semakan Status SPA8i Melalui SMS 

Deskripsi Tugas Juruaudit Gred W41


Berikut adalah tugas-tugas Juruaudit seperti di bawah :

Mengaudit dan menyediakan draf Laporan Audit, Akaun-akaun Kerajaan, Badan-badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Agama Islam dan lain-lain kumpulan wang.

Baca juga :
Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Juruaudit W29
● Contoh Soalan Peperiksaan Juruaudit Gred W29 & W41

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Juruaudit Gred W41 membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.