Header Ads

Semakan Keputusan Temuduga Separa Perubatan Sesi Januari 2019

Semakan Keputusan Temuduga Separa Perubatan Sesi Januari 2019. Adakah anda calon temuduga Latihan Separa Perubatan sesi Januari 2019? Panduan buat calon yang ingin membuat semakan keputusan temuduga bagi jawatan Latihan Separa Perubatan sesi Januari 2019. Untuk makluman, semakan keputusan temuduga Separa Perubatan Januari 2019 telah diumumkan bagi calon Semenanjung Malaysia dan Sarawak. Untuk calon Sabah masih tidak diumumkan lagi secara rasmi.

Semakan Keputusan Temuduga Separa Perubatan Sesi Januari 2018

Semakan Keputusan Temuduga Separa Perubatan Sesi Januari 2019 


Berikut dikongsikan adalah semakan keputusan temuduga Separa Perubatan sesi Januari 2019 termasuk memaparkan tarikh dan aplikasi semakan :

● Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Sesi Januari 2019 (Calon Semenanjung Malaysia) - http://online.spa.gov.my/online/kep_td_sp.php?pemerolehan=SK20180023

● Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Sesi Januari 2019 (Calon Sarawak) - http://online.spa.gov.my/online/kep_td_sp_sarawak.php?pemerolehan=SW20180011

● Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Sesi Januari 2019 (Calon Sabah) - akan dikemaskini 

Pengambilan Latihan Separa Perubatan SPA 2019


Seperti sedia maklum, pengambilan calon Latihan Separa Perubatan dibuat 2 kali setahun iaitu pada sesi Januari dan Julai. Bagi calon yang ingin membuat permohonan baru Latihan Separa Perubatan untuk sesi 2019, anda boleh mengisi semula permohonan disini.

Berikut adalah senarai program Latihan Separa Perubatan bertaraf Sijil dan Diploma seperti :

1. Latihan Jururawat
2. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
3. Latihan Penolong Pegawai Perubatan
4. Latihan Juru X-ray
5. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
6. Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)
7. Latihan Jururawat (PSL)
8. Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
9. Latihan Penolong Pegawai Farmasi
10. Latihan Jururawat Pergigian

Tahniah diucapkan kepada calon yang berjaya dalam sesi temuduga Separa Perubatan sesi Januari 2019. Bagi yang gagal jangan kecewa teruskan memohon jawatan kosong kerajaan di portal SPA.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.