Header Ads

Tips Berpakaian Semasa Temuduga SPA

Tips Berpakaian Semasa Temuduga SPA | Adakah anda calon temuduga kerja kerajaan? Rata-rata calon yang hadir temuduga sudah pasti telah membuat persiapan yang rapi untuk memastikan mereka layak mendapat tempat dalam jawatan yang dipohon. Namun begitu, ada segelintir calon yang kurang mengambil berat tentang penampilan atau imej diri yang perlu diutamakan ketika temuduga kerajaan. Okay disini admin kongsikan tips berpakaian yang sesuai untuk temuduga kerajaan.

Tips Berpakaian Semasa Temuduga SPA

Tips Berpakaian Semasa Temuduga SPA


Berikut dikongsikan adalah tips cara memakai pakaian semasa temuduga kerja kerajaan :

Tips Memilih Pakaian Temuduga Bagi Lelaki 


1. Untuk lelaki sesuai pakai baju kemeja tidak terlalu mengikut potongan badan, jangan terlalu longgang atau ketat. Warna kemeja juga hendaklah warna yang cerah dan lembut.

2. Calon perlu memilih jaket yang berwarna gelap contohnya hitam dan biru gelap yang sesuai untuk sesi temuduga.

3. Bagi lelaki perlu pakai seluar slack yang sesuai digayakan mengikut berat badan anda. Warna yang disarankan adalah warna gelap dan berpadanan dengan kemeja anda.

4. Pemilihan tali leher juga perlu dititikberatkan dengan warna yang perlu dipadankan bersama baju yang dipakai. Warna lebih gelap daripada baju kemeja yang dicadangkan ketika anda hadir ke sesi temuduga.

5. Kasut yang dipakai perlu dipadankan dengan seluar dan pastikan warna gelap.

Tips Berpakaian Semasa Temuduga SPA
Contoh Pakaian Temuduga Bagi Lelaki 

Tips Memilih Pakaian Temuduga Bagi Wanita


1. Bagi wanita muslim disyorkan pakai Baju Kurung yang tidak ketat, anggun dan menutup aurat. Untuk tudung, pakailah tudung yang formal dan warna tidak terlalu menonjol.

2. Untuk warna baju, pastikan pilih jangan nampak terlalu menonjol dan terang. Contoh warna baju yang sesuai misalnya ungu gelap, kelabu, coklat, putih dan biru gelap.

3. Jika nak pakai perfume dibenarkan tapi jangan terlalu bau-bauan.

4. Biasanya temuduga tidak memandang makeup anda. Sekadar untuk nampak seri wajah anda dan penampilan diri yang anggun.

5. Untuk kasut, pastikan yang menutup jari kaki anda. Warna hitam yang paling sesuai untuk dipakai ketika temuduga.

Tips Berpakaian Semasa Temuduga SPA
Contoh Pakaian Temuduga Bagi Wanita 

Baca juga :
● 12 Tips Mudah Berjaya Dalam Temuduga Kerajaan Yang Anda Perlu TAHU!

Kredit gambar : Google

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.