Header Ads

Permohonan Latihan Separa Perubatan 2019 (Sesi Julai)

Permohonan Latihan Separa Perubatan 2019 (Sesi Julai). Jawatan terkini SPA dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tahun 2019? Berita baik buat anda yang berkelayakan dan sedang mencari kerjaya dalam perkhidmatan awam. Untuk makluman daripada portal SPA, kini anda boleh membuat permohonan Latihan Separa Perubatan 2019, dimana KKM menawarkan sebanyak 1515 kekosongan jawatan Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma dan Sijil ambilan sesi Julai 2019. Bagi pemohon lepasan SPM yang berminat boleh mengemukakan permohonan Latihan Separa Perubatan 2019 secara online di laman sesawang SPA8i sehingga tarikh tutup pada 21 Julai 2019.

Permohonan Latihan Separa Perubatan 2019 (Sesi Julai)

Apa Itu Separa Perubatan?


Latihan Separa Perubatan merupakan satu kursus atau program yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi pelajar lepasan SPM yang berusia daripada 17 tahun hingga 25 tahun. Terdapat sebanyak 13 latihan bagi program Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma dan Sijil.

Kursus ini mengambil masa selama 3 tahun bagi program Diploma manakala peringkat Sijil pula selama 2 tahun sahaja. Pelatih akan menerima elaun setiap bulan dan disediakan kemudahan-kemudahan yang kondusif di beberapa Pusat Kolej Kesihatan seluruh Malaysia. Selepas tamat pengajian, pelatih Separa Perubatan akan menjalani ujian untuk kemasukan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Permohonan Latihan Separa Perubatan 2019


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Latihan Separa Perubatan ambilan Julai 2019 termasuk memaparkan senarai program dan aplikasi permohonan :

○ Aplikasi Online : http://www.spa.gov.my 

○ Tarikh Tutup Permohonan : 21 Julai 2019 (Ahad)

Senarai Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Terdapat beberapa program yang ditawarkan dalam Latihan Separa Perubatan, antaranya berikut ;

1. Jururawat
2. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
3. Penolong Pegawai Perubatan
4. Juru X-ray
5. Juruteknologi Pergigian
6. Jurupulih Perubatan (Anggota)
7. Jururawat (PSL)
8. Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
9. Penolong Pegawai Farmasi
10. Juruterapi Pergigian
11. Juruteknologi Makmal Perubatan

Senarai Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil

1. Pembantu Kesihatan Awam
2. Pembantu Pembedahan Pergigian

Iklan Jawatan Kosong Latihan Separa Perubatan Julai 2019


Jika anda berminat dengan program Separa Perubatan, sila klik sini untuk mendaftar akaun baru SPA bagi anda yang masih belum ada akaun untuk memohon jawatan kosong SPA.

Semoga anda berjaya mendapat penempatan dalam Separa Perubatan ambilan 2019.

1 ulasan:

  1. Bila tarikh pengambilan SPA bulan Julai 2018 diambil?

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.