Header Ads

Semakan Online PDRM : Saman Trafik, Report Polis & Status Pengambilan

Semakan Online PDRM : Saman Trafik, Report Polis & Status Pengambilan | Anda nak semak saman trafik dengan mudah? Anda kini boleh membuat semakan status report polis dan saman trafik menggunakan sistem semakan online (SSO) PDRM. Untuk pengetahuan, Sistem Online PDRM memudahkan semakan status perkhidmatan polis secara atas talian. Dengan adanya sistem online ini, anda boleh juga membuat semakan status pengambilan PDRM terkini.

Semakan Online PDRM : Semakan Saman Trafik, Report Polis & Status Pengambilan

Semakan Online PDRM : Saman Trafik, Report Polis & Status Pengambilan


Berikut adalah maklumat tentang sistem semakan online PDRM termasuk dengan semakan report polis, saman trafik dan status pengambilan PDRM :


Cara Semakan Report Polis


1. Anda perlu daftar akaun Sistem Semakan Online (SSO) dahulu dan login semula akaun ini.
2. Klik pada ikon 'Status Repot' dan masukkan 'No. Report Polis' yang telah dibuat ke atas No. Kad Pengenalan anda.


Cara Semakan Saman Trafik


1. Anda login ke dalam Sistem SSO, anda perlu klik pada ikon "Status Saman" dan anda boleh buat semakan saman ke atas No. Kad Pengenalan atau No. Kenderaan anda.
2. Anda boleh buat pembayaran saman trafik melalui MyBayar, MyEG dan Rilek.com.my dengan menggunakan kaedah secara tunai, kad kredit, wang pos dan bank draf.


Cara Semakan Status Pengambilan PDRM


1. Anda login ke dalam Sistem SSO, anda perlu klik pada ikon "Status Pengambilan" dan anda boleh buat semakan pengambilan jawatan PDRM menggunakan No. Kad Pengenalan.

Semoga perkongsian ini tentang sistem semakan online PDRM dapat membantu anda membuat semakan saman trafik, report polis dan semak status pengambilan PDRM dengan mudah.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.