Header Ads

Semakan Penyata Gaji Kakitangan Awam Online

Semakan Penyata Gaji Kakitangan Awam Online | Anda sebagai kakitangan awam nak semak penyata gaji secara mudah? Untuk pengetahuan anda, kerajaan telah menyediakan satu kemudahan kepada penjawat awam untuk membuat semakan penyata gaji secara online menerusi portal Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Disini Spa8i kongsikan cara semakan penyata gaji kakitangan awam online.

Baca juga :
● Jadual Pembayaran Gaji 2018 Penjawat Awam

Semakan Penyata Gaji Kakitangan Awam Online

Semakan Penyata Gaji Kakitangan Awam Online 


Berikut dikongsikan adalah panduan cara membuat semakan e-Penyata gaji kakitangan awam secara online :

1. Pendaftaran Pengguna Baru

Bagi anda pengguna baru, pastikan buat pendaftaran pengguna terlebih dahulu sebelum menggunakan aplikasi semakan online. Klik button 'Pertama Kali Mendaftar' untuk membuat pendaftaran pengguna baru.

2. Cara Semakan Penyata Gaji Kakitangan Awam

Sesudah selesai pendaftaran pengguna baru, anda boleh akses sistem ini dengan klik button login.

Semakan Penyata Gaji Kakitangan Awam Online

● Klik masuk ke laman portal ANM.

● Pilih e-Penyata Gaji dan Laporan.

● Daftar masuk dengan masukkan No. Kad Pengenalan/ No. Passport dan juga password akaun anda.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau keterangan anda boleh hubungi JANM di talian 03- 88821000 atau terus email ke maklumbalas@anm.gov.my.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kakitangan awam untuk membuat semakan e-penyata gaji secara online. Selamat membuat semakan gaji kakitangan awam.

1 ulasan:

  1. Terima kasih atas perkongsian ini. Semakin memudahkan urusan

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.