Header Ads

Pengambilan Guru Interim 2020 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Pengambilan Guru Interim 2020 Kementerian Pendidikan Malaysia. Bilakah tarikh pengambilan guru interim KPM 2020? Panduan buat anda yang ingin membuat permohonan Guru Interim tahun 2020. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk menjadi Guru Interim di Sekolah Kebangsaan bagi mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan; dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan serta Reka Bentuk dan Teknologi. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi laman web IPGM
https://pismp.moe.gov.my/myUMUM mulai 23 September 2019.

Pengambilan Guru Interim 2018 Kementerian Pendidikan Malaysia

Pengambilan Guru Interim 2020 Kementerian Pendidikan Malaysia 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pengambilan Guru Interim KPM bagi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina termasuk memaparkan maklumat jawatan, syarat kelayakan, bidang ditawarkan dan cara permohonan :

Maklumat Jawatan Guru Interim Sabah 


i. Tajuk: Pengambilan Guru Interim Mata Pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Reka Bentuk dan Teknologi di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2020.
ii. Nama Jawatan: Guru Interim.
iii. Tempoh Interim: Tiga (3) tahun sahaja.


Syarat Kelayakan Asas Guru Interim


i. Warganegara Malaysia 
ii. Sihat tubuh badan
iii. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2020

Cara Permohonan Guru Interim KPM Online


1. Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian dengan melayari laman web IPGM di alamat https://pismp.moe.gov.my/myUMUM mulai 23 September 2019.

2. Calon yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/ manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil
tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari temu duga, lapor diri bertugas dan selama tempoh interim.

Semoga anda berjaya mendapat tawaran sebagai Guru Interim ambilan 2020. 

1 ulasan:

  1. Assalammualaikaum, saya ingin bertanya bila ada lagi pengambilan guru interm untuk 2019? terima kasih

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.