Header Ads

Permohonan Perajurit Muda Udara TUDM 2018 Online

Permohonan Perajurit Muda Udara TUDM 2018 Online | Anda berminat berkhidmat dalam anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk pengambilan 2018? Bilakah tarikh pengambilan Perajurit Muda Udara 2018 TUDM? Panduan buat anda yang berkelayakan dan berminat menjadi Perajurit Muda TUDM, dimana Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mempelawa calon-calon yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk menghadiri siri temuduga terkini pengambilan perajurit muda udara siri 59/18 lelaki.

Permohonan Perajurit Muda Udara TUDM 2018 Online

Anda boleh membuat permohonan secara online mulai sekarang untuk Pengambilan Perajurit Muda Udara TLDM 59/18 yang sedia berkhidmat sebagai anggota Lain-Lain Pangkat di dalam pelbagai kepakaran dan cawangan kemasukan sesi Julai 2018. Permohonan ini sangat sesuai bagi calon lepasan SPM, SKM dan Diploma yang sihat tubuh badan boleh mengemukakan permohonan TUDM dan calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Udara TUDM 2018. Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 Januari 2018.

Permohonan Perajurit Muda Udara TUDM 2018 Online


Berikut dikongsikan adalah Permohonan Pengambilan Perajurit Muda Udara TUDM 2018 termasuk memaparkan syarat kelayakan, cara permohonan dan aplikasi online :

Syarat Kelayakan Perajurit Muda Udara TUDM 2018


A. SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK

1. TUGAS KHUSUS. Diploma dalam Bidang Kejuruteraan* (Rujuk Jadual Senarai Diploma Kejuruteraan) dan Lulus
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
2. SKM. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 atau Tahap 3 dalam bidang tertentu dan mendapat Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
3. SPM. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

B. SYARAT KELAYAKAN ASAS

1. Umur. Pemohon mesti berusia diantara 18 hingga 25 tahun pada 1 JULAI 2018.
2. Tahap Kesihatan. Sihat tubuh badan, penglihatan dan pendengaran dalam keadaan baik tanpa alat bantuan.
3. Fizikal. Memenuhi syarat fizikal seperti berikut: 
a. Berat Badan Minimum. 47.5 kg. 
b. Ketinggian Minimum. 1.62 meter.
c. Indeks Jisim Badan (BMI). Diantara 18 hingga 25. 
d. Ukuran Dada Minimum. 76 cm (keadaan biasa).
4. Kecergasan Jasmani. Memiliki kecergasan jasmani yang tinggi.
5. Keutamaan akan diberi kepada atlit yang sedang aktif mewakili NEGERI atau NEGARA dalam kejohanan yang diiktiraf dalam sukan tertentu.

Cara Permohonan Perajurit Muda Udara TUDM 2018 Online 


Berikut adalah cara permohonan pengambilan Perajurit Muda TUDM 2018 (Lelaki Sahaja) secara online :

1. Pemohon yang berminat boleh mengisi borang permohonan TUDM 2018 secara online menerusi pautan ini : BORANG TUDM 2018
2. HANYA CALON YANG MENGISI BORANG ATAS TALIAN serta MEMENUHI SYARAT yang telah dinyatakan berpeluang terpilih untuk ke pemilihan awal. Mana-mana
pemohon yang hadir tanpa pendaftaran / walk-in TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.
3. Tarikh tutup permohonan. 19 Januari 2018.

Jadual Senarai Diploma Tugas Khusus 


Selamat membuat Permohonan Perajurit Muda Tentera Laut Diraja Malaysia 2018 secara online. Semoga anda berjaya dalam sesi pengambilan tentera laut ambilan 2018.

KETERANGAN LANJUT :

MARKAS TENTERA UDARA BAHAGIAN SUMBER MANUSIA 
SEL KERJAYA DAN PENGAMBILAN TINGKAT 7 MENARA 
TH SELBORN 153 JALAN TUN RAZAK 50400 KUALA LUMPUR
NO TEL : 03-2681 2412/2413 
LAMAN SESAWANG RASMI : 
www.airforce.mil.my/kerjaya/pengambilan-terkini 
FACEBOOK PAGE (Interaktif) :
www.facebook.com/kerjayatudm

Selamat membuat Permohonan Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia Siri 59/18 bagi Lelaki secara online. Semoga anda berjaya dalam sesi pengambilan tentera udara ambilan Julai 2018.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.