Header Ads

Permohonan UPU Sesi Akademik 2020/2021 Online UA

Permohonan UPU Sesi Akademik 2020/2021 Online UA. Bilakah tarikh kemasukan Universiti Awam baharu bagi sesi akademik 2020/2021? Sistem UPU atau juga dikenali sebagai BPKP JPT adalah bahagian yang menyelaraskan kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik Premier/Konvensional/METro, Kolej Komuniti dan ILKA. Untuk makluman, pemohon yang memenuhi syarat kemasukan UA boleh membuat permohonan UPU sesi akademik 2020/2021 secara online melalui laman web UPU untuk kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA.

Permohonan UPU Sesi Akademik 2019-2020 Online

Permohonan UPUOnline 2020/2021 akan dibuka bermula 24 Februari 2020 sehingga tarikh tutup permohonan pada 31 Mac 2020. Sebelum membuat permohonan UPU, pastikan pemohon beli nombor pin unik ID UPU di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Harga seunit adalah RM16.50. Tarikh pembelian no pin UPU juga boleh dibeli bermula tarikh permohonan diumumkan.

Permohonan UPU Sesi Akademik 2020/2021 Online UA


Berikut dikongsikan adalah maklumat  tentang permohonan UPU sesi akademik termasuk kategori kelayakan, tarikh beli no pin UPU, aplikasi online dan cara hubungi :

Tarikh Permohonan : 24 Februari - 31 Mac 2020

Kategori Layak Permohonan UPU 2020/2021


● Lepasan SPM/ Setaraf
(Asasi, Diploma dan Sijil di UA, Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA)
- SPM 2019
- SPM 2018
- SPM 2017


● Lepasan SPM/ Setaraf
(Ijazah Sarjana Muda di UA)
- STPM 2019
- Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi UiTM 2018/2019
- STAM 2018 & 2019
- Diploma / Setaraf


Tarikh Beli No Pin UPU 2020/2021


● Tarikh : Mulai 24 Februari 2020 sehingga 30 Mac 2020
● Harga : RM15.60 (Tiada GST dikenakan ke atas Permohonan UPUOnline)
● Cara pembelian : Kaunter di Bank Simpanan Nasional (BSN) dan mesin ATM BSN

Cara Permohonan UPUOnline 2020/2021 


Permohonan UPU boleh dibuat secara online di laman web rasmi http://upu.moe.gov.my

Untuk mendapatkan keterangan lanjut boleh hubungi no talian helpline UPU 03 8870 8200 atau terus layari ke Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di http://upu.mohe.gov.my/.

INFO BERKAITAN : Semakan Keputusan UPU 2020/2021

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.