Header Ads

Semakan Keputusan Peperiksaan SPA9 2023 Online (PSEE)

Semakan Keputusan Peperiksaan SPA9 2023 Online (PSEE). Bekerja di sektor awam adalah satu impian buat sesiapa sahaja bagi rakyat Malaysia. Untuk anda yang ingin memasuki dalam perkhidmatan sektor awam, sudah pastinya anda perlu membuat pendaftaran dan permohonan SPA9 secara online bagi mengisi kekosongan jawatan yang terkini. Bagi yang telah membuat permohonan pekerjaan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, berikut dikongsikan adalah cara semakan keputusan peperiksaan SPA tahun 2023 secara online menerusi laman web www.spa.gov.my.

Semakan Keputusan Peperiksaan SPA Online

Untuk makluman, setiap bulan pihak SPA akan mengiklankan iklan jawatan kosong yang terkini di portal rasmi SPA termasuklah jadual peperiksaan & temuduga, Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan serta Program Assessment Centre (PAC). Maklumat status pengambilan jawatan kosong kerajaan boleh dibuat secara online untuk memudahkan pengguna.

Semakan Keputusan Peperiksaan SPA9 2023 Online (PSEE) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan keputusan peperiksaan SPA termasuk memaparkan aplikasi online :

● Keputusan Peperiksaan SPA : KLIK SINI 
● Keputusan Temuduga SPA : KLIK SINI 
● Senarai Keputusan PAC : KLIK SINI 

Bagi mereka yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan SPA, sila buat pendaftaran pekerjaan menerusi portal SPA9 https://spa9.spa.gov.my/login

Syarat Pendaftaran dan Permohonan SPA8i


1. Tempoh sah laku pendaftaran calon adalah satu (1) tahun.

2. Permohonan jawatan adalah sebanyak lima belas (15) jawatan sahaja.

3. Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu:
○ Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja.
○ Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.

4. Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.

Tahniah kepada pemohon yang berjaya dalam peperiksaan online SPA dan semoga berkhidmat di sektor perkhidmatan awam.

4 ulasan:

  1. Keputusan peperiksaan online utk jawatan pembantu awam gred h11b belum ada ke?

    BalasPadam
  2. Blm ada keputusan peperiksaan utk H11 ke

    BalasPadam
  3. kalu umuur 35 tahu tak buleh doh isi spa kan

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.