Header Ads

Permohonan Jawatan Kosong PDRM 2023 Online (e-Pengambilan)

Permohonan Jawatan Kosong PDRM 2023 Online. Anda berminat dan ingin berkhidmat sebagai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)? Jadi bagaimana cara memohon jawatan kosong PDRM? Panduan buat calon yang ingin membuat permohonan jawatan polis tahun 2023. Untuk makluman, kini permohonan jawatan kosong PDRM boleh dibuat secara online menerusi laman web epengambilanpdrm.rmp.gov.my.

Permohonan Jawatan Kosong PDRM 2022 Online (e-Pengambilan)



Permohonan Jawatan Kosong PDRM 2023 Online 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang jawatan kosong PDRM termasuk memaparkan syarat kelayakan dan cara permohonan :

Senarai Pangkat Polis Diraja Malaysia PDRM 

Syarat Kelayakan Pengambilan Polis


Antara syarat-syarat terkini permohonan polis PDRM adalah seperti berikut :

a. Tempoh sah laku pendaftaran calon dipendekkan daripada lima (5) tahun kepada satu (1) tahun.
b. Permohonan jawatan tanpa had dikurangkan daripada 15 jawatan sahaja.
c. Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja. Pemohon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.
d. Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja.

Cara Mohon Jawatan Kosong PDRM 2023 Online 


Permohonan boleh dibuat secara online menerusi laman web https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/login.aspx

Untuk makluman jawatan di Suruhanjaya Pasukan Polis seperti Inspektor, Sarjan dan Konstabel, syarat lantikan dan deksripsi tugas, pemohon boleh buat semakan di pautan Suruhanjaya Pasukan Polis.

Sebarang keterangan lanjut anda boleh hubungi Unit Pengambilan PDRM di talian 03- 22668349/ 8350/ 8351.

1 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.