Header Ads

Permohonan Jawatan Kosong SPA Perak 2019

Permohonan Jawatan Kosong SPA Perak 2019. Adakah anda ingin bekerja di sektor perkhidmatan awam? Bagi anda warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan kosong SPA Negeri Perak ambilan tahun 2019. Untuk makluman, kini terdapat pelbagai jawatan kosong SPA yang ditawarkan di negeri. Berikut kongsikan jawatan kosong terkini SPA Negeri Perak 2019.

Permohonan Jawatan Kosong SPA Perak 2018

Permohonan Jawatan Kosong SPA Perak 2019 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang jawatan kosong SPA Perak termasuk memaparkan senarai jawatan kosong terkini dan cara permohonan :

Senarai Jawatan Kosong SPA Perak 2019 


1. Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 (Tetap/ Kontrak)
2. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29/ DG41 (Tetap/ Kontrak)
3. Penghulu Gred NP29 (Tetap/ Kontrak)
4. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29 (Tetap/ Kontrak)
5. Penolong Pegawai Veterinar Gred G29 (Tetap/ Kontrak)
6. Pembantu Jurutera Gred JA29 (Tetap/ Kontrak)
7. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 (Tetap/ Kontrak)
8. Pelukis Pelan (Senibina) Gred JA19 (Tetap/ Kontrak)
9. Pembantu Laut Gred A19 (Tetap/ Kontrak)
10. Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19 (Tetap/ Kontrak)
11. Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi Gred N19 (Tetap/ Kontrak)
12. Pengawas Hutan Gred G19 (Tetap/ Kontrak)
13. Pembantu Operasi Gred N11 (Tetap/ Kontrak)
14. Pemandu Kenderaan Gred H11 (Tetap/ Kontrak)
15. Penghantar Notis Gred N11 (Tetap/ Kontrak)
16. Pembantu Awam Gred H11 (Tetap/ Kontrak)

* Permohonan boleh dibuat mulai 17 Mac 2019 sehingga 17 April 2019.


Cara Permohonan Jawatan Kosong SPA Perak 2019 Online 


1. Semua permohonan hendaklah dibuat secara online dengan melayari laman sesawang rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak di pautan http://spa.perak.gov.my.

2. Bagi pengguna pertama kali perlu mendaftar akaun SPA dahulu. Manakala bagi mereka yang telah mendaftar, anda hanya perlu login dan kemaskini permohonan anda.

3. Sila pastikan anda mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat sebelum anda membuat sebarang permohonan.

4. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Nota Penting :
● Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja.
● Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan.
● Tempoh sah laku permohonan adalah setahun. Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak.
● TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA ATAU SEBELUM 17 APRIL 2019.

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong SPA Perak secara online. Tahniah kepada anda yang berjaya mendapat pekerjaan dalam sektor awam.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.