Header Ads

Permohonan IPG 2021 Online PISMP Lepasan SPM

Permohonan IPG 2021 Online PISMP Lepasan SPM. Panduan buat lepasan SPM yang ingin memasuki ke Institut Pendidikan Guru (IPG). Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa kepada lepasan SPM yang berkelayakan untuk membuat permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tahun 2021. Permohonan ini boleh dibuat secara atas talian (online) bermula 15 Mac hingga 15 April 2021.

Permohonan IPG 2021 PISMP Bagi Lepasan SPM

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau lebih dikenali sebagai PISMP adalah program guru tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) khususnya bagi pelajar lepasan SPM di Institut Pendidikan Guru. Sebelum anda membuat permohonan IPG, pastikan anda terlebih dahulu mengetahui syarat-syarat kelayakan permohonan IPG bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Permohonan IPG 2021 Online PISMP Lepasan SPM


Berikut dikongsikan adalah maklumat penting tentang permohonan IPG PISMP termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan online :

Syarat Kemasukan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan 2021


Antara syarat-syarat kelayakan asas permohonan IPG PISMP adalah seperti di bawah :

1. Warganegara Malaysia.
2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2021.
3. Sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
4. Tiada syarat minimum yang dikenakan, berdasarkan kepada keputusan periksaan percubaan SPM dan bagi yang tidak menduduki peperiksaan percubaan pemohon boleh menggunakan keputusan akhir tahun tingkatan empat.

Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan 

Berikut adalah bidang-bidang pengkhususan yang ditawarkan mengikut jenis sekolah:

A. Sekolah Kebangsaan (SK)

● Bahasa Melayu
● Bahasa Inggeris
● Bahasa Cina
● Bahasa Tamil
● Bahasa Iban
● Bahasa Kadazandusun
● Pendidikan Islam
● Matematik
● Sains
● Pendidikan Khas
● Bahasa Arab
● Pendidikan Muzik
● Sejarah
● Pendidikan Jasmani
● Rekabentuk dan Teknologi
● Pendidikan Awal Kanak-kanak
● Bimbingan dan Kaunseling

Untuk bidang pengkhususan PISMP bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), anda boleh dapatkan maklumat disini.

Cara Permohonan PISMP 2021 Online 


1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) di laman sesawang https://pismp.moe.gov.my/.

2. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS e-Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) sebelum layak dipanggil temuduga.

Nota : Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja.

Untuk sebarang keterangan lanjut, sila hubungi di talian 03-83126720/ 6730/ 6768/ 6627/ 6758 atau layari laman web https://pismp.moe.gov.my.

BACA JUGA : Contoh Soalan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.