Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Belia dan Sukan Gred S41

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Belia dan Sukan Gred S41. Adakah anda ingin bekerja di sektor perkhidmatan awam? Jom mohon jawatan kosong kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Permohonan jawatan kosong Pegawai Belia dan Sukan 2020 boleh dibuat secara online di laman web rasmi SPA. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Pegawai Belia dan Sukan Gred S41.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Belia dan Sukan Gred S41

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Pegawai Belia dan Sukan Gred S41 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Pelbagai Kementerian/ Jabatan. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pegawai Belia dan Sukan Gred S41 bagi permohonan kerja lepasan Diploma menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Belia dan Sukan Gred S41 


Berikut adalah tentang tentang Pegawai Belia dan Sukan Gred S41 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Pegawai Belia dan Sukan Gred S41 


Gaji Pegawai Belia dan Sukan Gred S41 sekitar RM2,078.00 sehingga RM9,544.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Pegawai Belia dan Sukan Gred S41 pula berjumlah RM225.

Syarat Kelayakan Pegawai Belia dan Sukan Gred S41 


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,078.00); atau
● Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Belia dan Sukan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Belia dan Sukan Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) mempunyai kelayakan di perenggan
(b) lulus Peperiksaan Khas; dan
(c) had umur pelantikan:
○ berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
○ berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
○ berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Jawatan Pegawai Belia dan Sukan Gred S41 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

>> Artikel berkaitan : Semakan Status SPA8i Melalui SMS 

Deskripsi Tugas Pegawai Belia dan Sukan Gred S41


Berikut adalah tugas-tugas Pegawai Belia dan Sukan Gred S41 seperti di bawah :

Merangka dasar, merancang program serta aktiviti berkaitan kegiatan belia dan sukan di peringkat Kementerian/Jabatan. Meliputi memberikan bantuan dalam bentuk pinjaman kewangan, memberikan nasihat kepakaran serta penyeliaan berterusan bagi mengembangkan program-program belia dan sukan.

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Pegawai Belia dan Sukan Gred S41 membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.