Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Penguasa Kastam WK29

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Penguasa Kastam WK29 | Adakah anda ingin bekerja di sektor perkhidmatan awam? Jom mohon jawatan kosong kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Penolong Penguasa Kastam WK29.

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Penguasa Kastam WK29

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Penolong Penguasa Kastam WK29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Penguasa Kastam WK29 bagi permohonan kerja lepasan Diploma menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Penguasa Kastam WK29


Berikut adalah informasi tentang Penolong Penguasa Kastam WK29 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Penolong Penguasa Kastam WK29


Gaji Penolong Penguasa Kastam WK29 sekitar RM1,498.00 sehingga RM5,678.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Penolong Penguasa Kastam WK29 pula berjumlah RM145.

Syarat Kelayakan Penolong Penguasa Kastam WK29


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred WK29 : RM1,498.00); atau
● Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred WK29 : RM1,498.00); atau
● Diploma dalam bidang berkaitan oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred WK29 : RM1,776.08)

Jawatan Penolong Penguasa Kastam WK29 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

>> Artikel berkaitan : Semakan Status SPA8i Melalui SMS 

Deskripsi Tugas Penolong Penguasa Kastam WK29


Berikut adalah tugas-tugas Penolong Penguasa Kastam WK29 seperti di bawah :

1. Menyediakan laporan-laporan harga serta menyelenggara doket-doket harga agensi, surat-surat pekeliling Jabatan, surat-surat jaminan bank.
2. Membantu dalam tugas-tugas penjenisan barang-barang dan taksiran harga barang-barang bagi tujuan pungutan duti.
3. Mengawal pergerakan barang-barang kedai-kedai bebas cukai, memproses permohonan-permohonan pengecualian dari perlesenan cukai jualan.
4. Mengawal perolehan, penyimpanan serta pelupusan barang-barang rampasan dalam stor-stor pencegah.
5. Menyemak invois-invois syarikat bagi menentukan peraturan-peraturan cukai jualan dipatuhi.
6. Menyelenggara penyata-penyata bayaran cukai jualan/cukai perkhidmatan/kad-kad lejer bayaran-bayaran cukai pelesenan dan menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan perkastaman yang lain.

INFO BERKAITAN :

● Permohonan Jawatan Pembantu Pendaftaran Gred KP19

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Penolong Penguasa Kastam WK29 membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.