Header Ads

Rujukan Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N29 2018

Rujukan Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N29 2018. Adakah anda calon temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N29? Tahniah diucapkan kepada calon-calon yang berjaya melangkah untuk menduduki temuduga bagi jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29. Anda antara di kalangan yang terbaik dan bertuah untuk menjawat jawatan awam ini. Bukannya mudah untuk anda mencapai sehingga ke fasa temuduga ini! Untuk makluman menerusi portal web SPA, seramai 8319 calon yang dipanggil menduduki temuduga Penolong Pegawai Tadbir N29 mulai daripada 8 Oktober hingga 15 November 2018.

Rujukan Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N29 2018

Pastinya kini anda sedang mencari-cari bahan rujukan atau nota untuk persiapan menghadapi temuduga Penolong Pegawai Tadbir N29. Bagaimana kriteria atau bentuk soalan yang akan ditanya oleh panel penemuduga kerja kerajaan? Disini admin kongsikan panduan Temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 yang boleh dijadikan panduan untuk interview nanti.

Rujukan Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N29 2018


Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N29 adalah fasa terakhir yang bakal anda lalui dengan menggunakan akal fikiran untuk menjawab soalan yang dilontarkan oleh panel penemuduga. Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang contoh soalan dan rujukan Penolong Pegawai Tadbir N29.

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 


Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.

Contoh Soalan Temuduga Kerja Kerajaan 


1) Sila terangkan mengenai diri anda secara jelas.

Sejak dari bangku sekolah lagi, saya telah berusaha membentuk kerjaya untuk menjadi seorang jurutera yang akan berkhidmat kepada Negara Malaysia. Untuk mencapai matlamat saya, saya telah mengambil pengajian dalam Diploma Kejuruteraan Awam dan 3 tahun selepas itu, saya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di UiTM.

Saya belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang dalam pengajian saya. Saya mempunyai pengalaman 3 tahun bekerja dalam bidang kejuruteraan awam di sektor swasta di mana saya terlibat dalam projek-projek pembangunan bangunan.

Saya yakin, dengan gabungan akademik saya dan pengalaman yang ada, saya mampu untuk memikul tanggungjawab yang diberi sekiranya saya berjaya mendapatkan kerja dalam sektor
awam ini.

2) Bolehkah anda terangkan mengenai
projek akhir tahun anda di universiti?

Projek akhir tahun saya adalah mengenai kajian kes yang bertajuk "Groundwater Monitoring at Pulau Burung Landfill Area". Projek ini mengambil masa setahun untuk diselesaikan. Projek ini dijalankan bagi mengetahui sama ada sumber air bawah tanah di kawasan tempat pelupusan
sampah di Pulau Burung adalah selamat dari pencemaran atau tidak.

Daripada hasil kajian ini, didapati air bawah tanah di sini tidak tercemar di tahap yang tinggi dan ianya masih selamat
mengalir ke dalam sungai berdekatan.

3) Mengapakah kami patut mengambil anda bekerja dengan kerajaan?

Pada pandangan saya, saya merasakan saya adalah orang yang paling layak memikul jawatan yang ditawarkan ini. Saya tidak menafikan mungkin ada calon yang lain yang mempunyai kebolehan yang standing saya dalam memikul tugas ini, tetapi berdasarkan kelayakan akademik, pengalaman, minat, dan semangat juang yang tinggi dalam jiwa saya, ianya pasti
mendorong saya untuk memberikan yang terbaik untuk organisasi atau jabatan yang bakal saya sertai.

4) Cuba terangkan apakah tugas-tugas anda di tempat anda bekerja sekarang.

Sebagai seorang jurutera awam bangunan di tapak binaan, saya memulakan kerja dengan menyemak dan menyusun perancangan kerja di awal pagi sebaik sahaja saya tiba di tempat kerja. Saya akan merancang apakah pekerjaan penting yang perlu saya dahulukan mengikut keutamaan seperti yang dirancang dalam jadual pelaksanaan kerja. Biasanya saya akan
memastikan kerja- kerja yang dilakukan oleh pekerja di bawah pengawasan saya mencapai kualiti dan menepati masa yang dijadualkan. Ketika bekerja, saya amat mementingkan masa dan kualiti kerja yang dihasilkan. Ini adalah untuk memastikan kerja yang dihasilkan menepati kepuasan pihak pelanggan syarikat tempat saya bekerja.

Panduan Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N29 


Berita baik buat anda khususnya calon temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N29. Untuk makluman, ada rujukan khas buat anda yang diterbitkan oleh tim Infokerjaya. Panduan ini merupakan himpunan contoh-contoh soalan dan rujukan/ tips sebelum, semasa dan selepas temuduga yang telah membantu 80,000 calon sebelum ini dan mendapatkan keputusan lulus dalam temuduga kerajaan.

Berikut adalah isi kandungan dalam panduan ini :

1. Teknik menjawab soalan temuduga kerajaan yang sebenar dan tepat.
2. Tips persiapan anda untuk menghadapi temuduga yang betul.
3. Rahsia kejayaan dan kegagalan dalam temuduga.
4. Rahsia penulisan resume kerajaan yang power. [+] KLIK SINI 
5. Contoh soalan dan jawapan temuduga yang lazim ditanya.

Bagaimana cara untuk dapatkan panduan temuduga rahsia lulus temuduga kerja kerajaan dengan mudah?

>> DAPATKAN PANDUAN LULUS TEMUDUGA KERAJAAN <<


Selamat maju jaya kepada semua calon temuduga Penolong Pegawai Tadbir N29. 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.