Header Ads

Apa itu JUSA dan Tangga Gaji

Apa itu JUSA dan Tangga Gaji. Pernah anda tahu apa itu JUSA dan TURUS? Seringkali kita terbiasa dengan status Gred yang dimulai Gred 1 hingga Gred 54 bagi permohonan pekerjaan di sektor perkhidmatan awam. Tapi ramai yang belum faham tentang apa itu JUSA dan TURUS? Jabatan Utama Sektor Awam atau ringkasnya JUSA mempunyai 3 kelas iaitu JUSA A, JUSA B dan JUSA C. Setiap kelas JUSA ada perbezaan gaji pokok dan elaun tahunan. Untuk memudahkan anda disini kongsikan tentang JUSA dan TURUS sebagai pengetahuan buat anda.

Apa itu JUSA dan Tangga Gaji

Apa itu JUSA dan Tangga Gaji


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang maksud dan tangga gaji JUSA :


Tangga Gred Jawatan Perkhidmatan Awam


Berikut adalah tangga gred jawatan di sektor perkhidmatan awam :

Gred 19 - Pembantu Tadbir
Gred 29 - Penolong Pegawai
Gred 41 - Pegawai
Gred 44 - Ketua Jabatan
Gred 48 - Timbalan Pengarah
Gred 54 - Pengarah
JUSA C - TKSU/ Pengarah Bahagian/ Pengarah Negeri
JUSA B -
JUSA A - KSU/ TKSU/ Ketua Pengarah Kementerian
TURUS III - KSU/ Ketua Pengarah
TURUS II - Ketua Setiausaha
TURUS I - Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam


Senarai Gaji JUSA, TURUS dan KSN


Berikut senarai gaji JUSA, TURUS dan KSN yang merangkumi pelbagai jenis elaun iaitu antaranya ;

1. JUSA C
Elaun Keraian: RM2,500
Elaun Perumahan: RM1,300
Elaun Insentif Khas: RM500,
Elaun Pembantu Rumah: RM500
Elaun Tetap Jawatan JUSA: RM1,000
Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM166

2. Turus I
Elaun Keraian: RM5,200
Elaun Perumahan: RM2,500
Elaun Insentif Khas: RM2,000
Elaun Pembantu Rumah: RM1,000
Elaun Tetap Jawatan TURUS: RM4,000
Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM250

3. Ketua Setiausaha Negara
Elaun Keraian: RM5,300
Elaun Perumahan: RM3,000
Elaun Insentif Khas: RM2500
Elaun Pembantu Rumah: RM2,000
Elaun Tetap Jawatan KSN: RM4,500
Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM333.

Semoga perkongsian tentang maksud dan tangga gaji JUSA dapat dijadikan rujukan buat pekerja perkhidmatan awam.

Sumber rujukan : Cikgushare, sistemguruonline

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.