Header Ads

Contoh Pakaian Temuduga Kerajaan & Swasta 2023

Contoh Pakaian Temuduga Kerajaan & Swasta 2023. Adakah anda calon temuduga kerja? Panduan buat anda yang bakal menduduki temuduga kerja kerajaan atau swasta. Sebelum anda hadir ke sesi temuduga sudah pasti kenalpasti etika berpakaian di tempat kerja yang dipohon. Sesetengah majikan di sektor swasta mempunyai etika berpakaian yang berbeza dengan sektor awam. Oleh itu, calon perlu mengambil langkah yang proaktif dengan memakai pakaian yang sesuai untuk menghadiri temuduga. Disini akan dikongsikan cara pemakaian ketika temuduga yang sesuai digunapakai oleh calon sektor awam dan swasta.

Contoh Pakaian Temuduga Kerajaan & Swasta

Contoh Pakaian Temuduga Kerajaan & Swasta 2023


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang cara pemakaian ketika temuduga yang terbaik bagi lelaki dan perempuan :

Tips Memilih Pakaian Temuduga Bagi Lelaki 


1. Untuk lelaki, sesuai pakai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah dan tidak terlalu mengikut potongan badan atau ketat. Pemakaian baju T-Shirt berleher bulat tidak dibenarkan.

2. Bagi lelaki perlu pakai seluar slack yang berwarna gelap dan sesuai digayakan mengikut berat badan anda. Pemakaian seluar jeans tidak dibenarkan.

3. Bertali leher dengan warna dan corak yang sesuai.

4. Kasut yang dipakai perlu dipadankan dengan seluar dan pastikan warna gelap. Kasut bertumit tinggi digalakkan pakain dan berstokin warna gelap.

5. Tali pinggang yang dipakai mesti sama warna dengan kasut yang dipakai.

6. Berambut pendek dan kemas. Sekiranya berjanggut hendaklah dipotong rapi.

7. Aksesori yang dibenarkan bagi lelaki adalah jam, klip tali leher dan “cuff-link”. Pemakaian cincin tidak digalakkan. Pemakaian anting-anting, bertindik dan bertatoo tidak dibenarkan sama sekali.

Contoh Pakaian Temuduga Kerajaan & Swasta
Contoh Pakaian Temuduga Bagi Lelaki 

Tips Memilih Pakaian Temuduga Bagi Wanita


1. Bagi wanita muslim, disyorkan pakai Baju Kurung yang tidak ketat, kemas dan menutup aurat. Untuk bukan muslim, berpakaian sopan dan tidak menjolok mata.

2. Untuk tudung, pakailah tudung yang formal dan warna tidak terlalu menonjol. Bagi yang tidak bertudung, rambut disisir rapi.

3. Untuk warna baju, pastikan pilih jangan nampak terlalu menonjol dan terang. Janganlah terlalu gelap. Contoh warna baju yang sesuai misalnya ungu gelap, kelabu, coklat, putih dan biru gelap.

3. Menggunakan make up yang sesuai dan tidak berlebihan. Sekadar untuk menampakkan keserian wajah anda.

4. Jika nak pakai perfume dibenarkan tapi jangan terlalu bau-bauan.

5. Untuk kasut, pastikan yang menutup jari kaki anda atau istilah berkasut tutup penuh. Warna hitam yang paling sesuai untuk dipakai ketika temuduga.

Contoh Pakaian Temuduga Kerajaan & Swasta
Contoh Pakaian Temuduga Bagi Wanita 


Bagaimana Persiapan Anda Untuk Menghadapi Temuduga Kerja? 


Persaingan untuk mendapatkan kerja kerajaan amat tinggi, lebih-lebih lagi kini ramai graduan yang makin meningkat saban hari. Sudah pasti ia akan menambahkan cabaran bagi seseorang calon temuduga.

Berita baik buat anda dimana Tim Infokerjaya ada terbitkan satu rujukan lengkap iaitu Rujukan Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan yang dilengkapi dengan contoh soalan temuduga, tips berpakaian termasuk tips persediaan sebelum, semasa dan selepas temuduga. Jika anda benar-benar mahu lulus temuduga kerajaan, jangan tunggu lagi kerana ebook rujukan inilah yang anda amat perlukan sekarang!

Klik pautan di bawah ;


Baca juga : 12 Tips Mudah Berjaya Dalam Temuduga Kerajaan Yang Anda Perlu TAHU!

Sumber : Jobsmalaysia

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.