Header Ads

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat 2021

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat 2021. Panduan buat calon yang dipanggil untuk menduduki peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 tahun 2021. Untuk makluman, sebelum ini ada beberapa peperiksaan online yang dijalankan oleh SPA antaranya iaitu peperiksaan separa perubatan, Penolong Pegawai Tadbir N29 dan lain-lain lagi. Bagaimana persediaan anda untuk menduduki peperiksaan online SPA? Berikut di bawah adalah contoh soalan peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41 yang boleh dijadikan panduan buat calon.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat 2021


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41 yang memaparkan contoh soalan dan nota panduan sebagai rujukan buat calon :

Format Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat F41


Kebiasanya ujian ini mengandungi tiga (3) seksyen iaitu:

i) Seksyen A - Pengetahuan Am
ii) Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah
iii) Seksyen C - Esei Bahasa Inggeris

Soalan Exam Pegawai Teknologi Maklumat F41


Seksyen A - Contoh Soalan Pengetahuan Am 

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan bidang teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan ICT, pentadbiran kerajaan serta lain-lain perkembangan semasa.

1. Yang manakah bukan merupakan Enjin Carian Internet?
A Mozilla Firefox
B Microsoft Bing
C ASK.Com
D Google

Jawapan : A

2. Orang perseorangan yang melakukan jenayah komputer ialah
A Sci-fi techie.
B Debugger.
C CRT bug.
D Hacker.

Jawapan: D

Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah

i) Kemahiran Menggunakan Logik

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan, kemahiran berfikir serta mempunyai kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang paling tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan Akauntan WA41

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan Akauntan WA41

ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakam pelbagai data dan perangkaan.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan Akauntan WA41

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan Akauntan WA41

iii) Konsep Matematik

Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang Matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).

1. Kos seorang pengatur program komputer (programmer) adalah RM 3 sejam. 2 orang pengatur program komputer diperlukan untuk bekerja selama 60 hari dengan 8 jam bekerja setiap hari. Berapakah anggaran kos tenaga kerja yang perlu diperuntukkan dalam kajian kos sistem tersebut?
A RM 1,440
B RM 1,800
C RM 2,800
D RM 2,880
Jawapan: D

Pengiraan:
Kos 1 orang programmer = RM3 / 1 jam
Kos 2 orang programmer = RM 3 x 8 jam x 60 hari x 2 orang
= RM 2,880

2. Karuna mempunyai RM210 manakala adiknya mempunyai 3/7 daripada wang yang ada pada Karuna. Mereka berkongsi wang untuk membeli 2 buah thumbdrive yang berharga RM 20 sebuah dan 2 kotak DVD- R/W yang sama. Sekiranya baki wang selepas pembelian barangan tersebut adalah sebanyak RM 140, berapakah harga sekotak DVD-R/W?
A RM 40
B RM 60
C RM 120
D RM 140
Jawapan: B

Pengiraan:
Wang Karuna = RM 210
Wang adiknya = RM 210 x 3/7 = RM 90
Jumlah wang = RM 210 + RM 90
= RM300
Thumdrive = RM 20 x 2
= RM 40
Harga 2 kotak DVD – R/W = RM 300 – RM 140 – RM40
= RM 120
Harga 1 kotak DVD – R/W = RM 120/2
= RM 60

Pihak SPA8i.net tidak berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Apa yang tim SPA8i.net sediakan adalah bantuan persediaan calon untuk menduduki peperiksaan. Soalan disediakan bukan BUKU KAJIAN jauh sekali soalan sebenar peperiksaan. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon dilengkapi dengan nota-nota persediaan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.