Header Ads

Pengambilan Pegawai Kadet Graduan 2019 ATM

Pengambilan Pegawai Kadet Graduan 2019 ATM. Bilakah tarikh Pengambilan Pegawai Kadet Graduan ATM tahun 2019? Panduan buat anda yang ingin membuat permohonan bagi Pegawai Kadet Graduan ATM. Untuk makluman menerusi portal rasmi Markas Angkatan Tentera Malaysia (MAFHQ), ATM mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan lepasan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Permohonan ini boleh dibuat secara online di portal web MAFHQ sehingga tarikh tutup permohonan pada 31 Disember 2018.

Pengambilan Pegawai Kadet Graduan 2019 ATM

Mereka yang berjaya dan terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Graduan untuk menjalani latihan Pegawai Kadet Graduan di Kolej Tentera Darat (KTD), Kapal Diraja Sultan Idris I (KDSI I) dan Kolej Tentera Udara (KTU).

Pengambilan Pegawai Kadet Graduan 2019 ATM


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Permohonan Pengambilan Pegawai Kadet Graduan ATM 2019 termasuk memaparkan syarat kelayakan, aplikasi permohonan dan cara hubungi :

Syarat Kelayakan Pengambilan Pegawai Kadet Graduan 2019


Berikut adalah syarat-syarat perlantikan Pegawai Kadet lepasan Ijazah :

1. Jantina. Lelaki dan wanita.

2. Umur. Tidak melebihi 27 tahun pada 31 Disember 2018.

3. Taraf kesihatan. Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan dan pergigian dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM. Calon juga mestilah mempunyai tahap penglihatan yang baik tanpa kaca mata dan kanta lekap.

4. Kelayakan Akademik.

i. Kelulusan Asas. Lulus SPM/ SVM atau kelayakan setaraf dengan mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu termasuk lulus Ujian Lisan, Bahasa Inggeris dan Matematik.

ii. Kelulusan Pengajian Tinggi. Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan memperolehi keputusan Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 2.70 ke atas. 

iii. Jurusan diperlukan. Sila layari laman web JOMMASUKTENTERA untuk keperluan senarai jurusan yang ditawarkan. 

5. Syarat minimum ukuran fizikal. Berat badan minima 47.5kg (lelaki) dan 40.5 (wanita), tinggi sekurang-kurangnya 1.62cm (lelaki) 1.60cm (wanita), Body Mass Index di antara 18-25 (lelaki) 18-23 (wanita). Ukuran badan minima bagi lelaki adalah 76sm.

Iklan Permohonan Pegawai Kadet Graduan ATM 2019


Pengambilan Pegawai Kadet Graduan 2019

Cara Pengambilan Pegawai Kadet Graduan 2019 Online 




Berikut adalah cara untuk membuat permohonan Pegawai Kadet Graduan tahun 2019 secara online :

1. Bagi anda yang memenuhi syarat-syarat kelayakan permohonan pengambilan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah 2019, anda boleh layari ke laman web www.mafhq.mil.my/ untuk permohonan secara online. 

2. Calon juga dikehendaki memajukan resume dan salinan dokumen peribadi seperti kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil SPM, transkrip Ijazah, gambar ukuran passport, nombor telefon dan email ke pengambilanpegatm@gmail.com.

Sebarang pertanyaan sila hubungi 03- 20714524/5120/2391.

Selamat membuat Permohonan Pengambilan Pegawai Kadet Graduan 2019 secara online. Semoga anda berjaya ditawarkan untuk kemasukan ke Angkatan Tentera Malaysia sebagai Pegawai Kadet Lepasan Ijazah.

SUMBER

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.