Header Ads

Tips Menghadiri Karnival Kerjaya 2023

Tips Menghadiri Karnival Kerjaya 2023. Peluang bagi anda yang masih sedang mencari pekerjaan sama ada kerajaan atau swasta. Biasanya akan dianjurkan karnival atau pameran kerjaya terbuka kepada orang awam yang ingin memohon kerja. Disinilah peluang terbaik anda untuk menunjukkan bakat dan potensi diri kepada wakil syarikat yang mengambil bahagian dalam karnival kerjaya. Tetapi sebelum menghadiri karnival, pastikan anda telah membuat persediaan rapi antaranya menyediakan resume lengkap untuk memikat hati wakil syarikat. Berikut beberapa tips ketika menghadiri karnival kerjaya.

Tips Menghadiri Karnival Kerjaya


Tips Menghadiri Karnival Kerjaya 2023


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang tips menghadiri karnival kerjaya yang dapat dijadikan panduan buat anda semua :

1. Pengenalan Diri

Mulakan perbualan dengan memperkenalkan nama, latarbelakang pendidikan dan kemahiran kendiri. Jangan terlalu panjang kerana ia bukannya sesi temuduga. Jangan dimulakan perbualan dengan bertanya seperti ini "Bang, sini ada kerja kosong ka?". Pameran kerjaya bukanlah seperti laman web yang menyenaraikan jawatan kosong. Sekiranya anda berpotensi tak mustahil syarikat akan membawa anda menyertai mereka.

2. Pakaian

Tiada pengkhususan pakaian untuk ke pameran kerjaya. Untuk menampakkan penampilan anda, bagi memadailah memakai kameja dan seluar panjang manakala smart kasual bagi wanita. Bagi lelaki tali leher tidak diperlukan kecuali jika anda menghadiri sesi temuduga.

3. Keyakinan Diri

Kebiasaannya suasana di pameran kerjaya agak ramai pengunjung dan rasanya panas. Disini lah tahap keyakinan diri anda tercabar untuk cuba menarik perhatian wakil syarikat. Kekalkan kekuatan anda dan lontarkan suara dengan bahasa badan yang menyakinkan terhadap organisasi syarikat.

4. Resume

Sekiranya anda berjaya melaksanakan tiga tindakan di atas, maka langkah terakhir yang pelru dilaksanakan adalah menyerahkan resume kepada wakil syarikat. Pastikan bawa resume secukupnya dan jangan sampai kehabisan salinan.

Sumber - PTK Bangi

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.