Header Ads

Cara Membuat Guarantee Letter Melalui Aplikasi MyHRMIS eGL

Cara Membuat Guarantee Letter Melalui Aplikasi MyHRMIS eGL. Adakah anda seorang penjawat awam? Sudah pasti bagi anda kakitangan kerajaan tahu tentang kelebihan yang diperolehi antara salah satunya adalah kemudahan rawatan perubatan. Malah, kemudahan rawatan ini juga boleh dinikmati oleh ahli keluarga atau ibu/bapa. Tetapi sebelum untuk mendapatkan kemudahan itu, anda perlu berikan Surat Pengakuan Diri dan Pengakuan Pegawai (GL) yang dipanggil Guarantee Letter.

Cara Membuat Guarantee Letter Melalui Aplikasi MyHRMIS eGL

Untuk makluman, kini anda telah disediakan satu aplikasi iaitu MyHRMIS eGL yang dibangunkan oleh JPA untuk memaparkan rekod Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai (GL) bagi penjawat awam sebagai kaedah alternatif kepada eGL online atau manual.

Cara Membuat Guarantee Letter Melalui Aplikasi MyHRMIS eGL


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang cara dapatkan Guarantee Letter menerusi Aplikasi MyHRMIS eGL termasuk ciri-ciri /fungsi dan cara membuat :

Fungsi dalam Aplikasi MyHRMIS eGL


Berikut adalah fungsi-fungsi aplikasi MyHRMIS eGL antaranya iaitu ;

1) Maklumat Pegawai: Memaparkan maklumat peribadi, gaji pegawai dan profil perkhidmatan.
2) Jana eGL: Membolehkan pegawai menjana eGL.
3) Ahli Keluarga: Memaparkan maklumat keluarga pegawai.
4) Direktori Hospital/Klinik: Memaparkan nama, alamat hospital/klinik Kerajaan dan nombor telefon.

Panduan Membuat Guarantee Letter Melalui Aplikasi MyHRMIS eGL


Berikut kongsikan cara-cara untuk dapatkan Guarantee Letter (GL) di aplikasi MyHRMIS eGL :

1. Pertama kali, anda perlu memuat turun (download) aplikasi MyHRMIS eGL di Play Store atau App Store.
2. Buka aplikasi MyHRMIS eGL
3. Klik “Pengguna kali pertama”

Cara Membuat Guarantee Letter Melalui Aplikasi MyHRMIS eGL

4. Masukkan No KP, Kata Laluan dan No Tel. Log masuk akaun anda.
5. Klik “Daftar”.
6.  Klik “Jana eGL”
7. Pilih “Maklumat Tanggungan”. Jika untuk diri sendiri, tidak perlu klik apa-apa.
8. Pilih “Maklumat Hospital”.

Cara Membuat Guarantee Letter Melalui Aplikasi MyHRMIS eGL

9. Klik teruskan dan “Jana eGL”. Save dalam bentuk format PDF.
10. Sekarang sudah boleh cetak dan serahkan kepada pihak hospital.

Semoga perkongsian tentang cara dapatkan Guarantee Letter melalui aplikasi MyHRMIS eGL ini membantu para penjawat awam mendapat rawatan kesihatan. Jangan lupa kongsikan kepada rakan anda yang lain.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.