Header Ads

Contoh Surat Perletakan Jawatan Notis Sebulan

Contoh Surat Perletakan Jawatan Notis Sebulan. Apabila anda ada hasrat untuk melepaskan jawatan di tempat kerja, anda diwajibkan memberitahu kepada pihak syarikat dengan menghantar surat perletakan jawatan. Tetapi bagaimana hendak menulis surat berhenti kerja dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris? Sebenarnya untuk menulis surat perletakan jawatan ini sungguh mudah dan boleh dirujuk di mana-mana laman web. Berikut kongsikan contoh surat perletakan jawatan notis sebulan.

Contoh Surat Perletakan Jawatan Notis Sebulan
Kredit imej : lifehacker

Sepertimana anda tahu, tujuan menulis surat perletakan jawatan ini adalah untuk menyatakan sebab kenapa anda ingin meninggalkan pekerjaan tersebut. Selain itu, surat berhenti kerja juga membantu anda mengekalkan hubungan yang positif antara pekerja dengan bekas majikan dan menunjukkan sikap professional.

Contoh Surat Perletakan Jawatan Notis Sebulan


Berikut dikongsikan adalah contoh surat berhenti kerja perletakan jawatan notis sebulan dalam bahasa Melayu sebagai panduan buat anda :

Surat Berhenti Kerja Notis Sebulan


MUHAMMAD AL-QARNI BIN
ZUKIDIN
132 PERMATANG TOKDIK
13100 PENAGA
SEBERANG PERAI UTARA
PULAU PINANG.
_____________________________________________

PENGARAH URUSAN
PUNCAK HOLDING SDN. BHD
NO 76 LOT 3
MUKIM KEBANG SEMANG
14000 BUKIT MERTAJAM
PULAU PINANG.                         24 JULAI 2018

Tuan,

PER: PERLETAKAN JAWATAN NOTIS SEBULAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya Muhammad Al-Qarni bin Zukidin bertugas sebagai penyelia tapak ingin memaklumkan kepada pihak tuan tentang perletakan jawatan saya dengan notis satu bulan bermula pada 24 Julai 2018 hingga 23 Ogos 2018.

3. Sehubungan itu, tujuan saya menghantar notis perletakan jawatan ini ialah disebabkan saya telah mendapat pekerjaan baharu serta masalah dan kesulitan yang tidak dapat dielakkan seterusnya mendesak untuk berhenti kerja. Saya mohon maaf atas kesulitan ini.

4. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak syarikat terutamanya kepada penyelaras projek dan rakan-rakan sejawatan yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan memberi kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas.

5. Akhir kata, saya berharap pihak tuan dapat memberi kerjasama dan dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang Benar,
.......................
Muhammad Al-Qarni bin Zukidin
Penyelia Tapak 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.