Header Ads

Contoh Templat myPortfolio Guru 2023 Untuk Sektor Awam

Contoh Templat myPortfolio Guru 2023 Untuk Sektor Awam. Anda seorang kakitangan awam? Apa itu MyPortfolio? Untuk makluman menerusi portal MAMPU, telah mengumumkan satu Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 4 Tahun 2018 untuk penjenamaan semula Fail Meja yang sebelum ini digunapakaikan. Dengan perkembangan arus massa yang kian pesat, kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menambahbaikan pentadbiran negara dengan mengumumkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam. Pekeliling ini bukan hanya kepada guru malah untuk semua pekerja sektor awam.

Contoh Templat myPortfolio Untuk Sektor Awam

myPortfolio adalah satu kaedah pengurusan ilmu yang memberikan penekanan kepada pengupayaan minda setiap penjawat awam dalam kerangka organisasi berpembelajaran (learning organisation). Selain sebagai dokumen rujukan rasmi yang menghuraikan maklumat pewujudan jawatan, proses kerja dan panduan menjalankan tugas bagi jawatan tersebut dalam sesebuah organisasi juga dinyatakan dalam myPortfolio.

Contoh Templat myPortfolio Guru 2023 Untuk Sektor Awam


Berikut adalah maklumat tentang cara penyediaan MyPortfolio termasuk memaparkan contoh templat sebagai panduan buat kakitangan awam :

Ciri-Ciri MyPortfolio


Berikut adalah ciri-ciri myPortfolio untuk kerja sektor awam :

i. myPortfolio merupakan dokumen rujukan pada peringkat jawatan dan jabatan;
ii. Setiap jawatan dalam sesebuah agensi hendaklah mempunyai myPortfolio termasuk jawatan yang belum diisi;
iii. myPortfolio berasaskan bidang tugas dan tanggungjawab jawatan; dan
iv. myPortfolio mengandungi maklumat, panduan dan rujukan dalam mengendalikan tugas yang ditetapkan bagi sesuatu jawatan.

Cara Penyediaan Templat MyPortfolio


Berikut dikongsikan adalah cara penyediaan templat MyPortfolio bagi guru-guru untuk semua jawatan :

1. Bagi anda yang nak muat turun MyPortfolio bagi semua jawatan guru-guru boleh klik pautan di bawah ;

URL link : http://gg.gg/myPORTFOLIO-GURU2

Komponen MyPortfolio

(1) Carta Organisasi;
(2) Carta Fungsi;
(3) Aktiviti-aktiviti bagi Fungsi;
(4) Deskripsi Tugas;
(5) Proses Kerja;
(6) Carta Alir;
(7) Senarai Semak;
(8) Senarai Undang-undang, Peraturan dan Punca Kuasa;
(9) Senarai Borang; dan
(10) Senarai Jawatankuasa yang Dianggotai.

Semoga perkongsian tentang contoh templat MyPortfolio dapat dijadikan panduan buat penjawat awam khususnya guru. Selamat menyiapkan tugasan ini! 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.