Header Ads

Pendaftaran Pas Pengangkutan Awam Tanpa Had Bulanan RM100 + RM50 2019

Pendaftaran Pas Pengangkutan Awam Tanpa Had Bulanan RM100 + RM50 2019. Berita baik buat pengguna pengangkutan awam di Malaysia. Untuk makluman menerusi pembentangan Belanjawan 2019 yang disampaikan oleh Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng telah memperkenalkan pas bulanan pengangkutan awam bernilai RM100 dan RM50. Dengan pas RM100 ini, seseorang penumpang dapat menaiki semua perkhidmatan Rapid Rail iaitu LRT, MRT, Monorail, BRT Sunwat juga terlibat dan semua perkhidmatan bas Rapid Bus iaitu Rapid KL dan bas perantara MRT di Lembah Klang. Selain itu, pas bulanan RM50 turut disediakan bagi bas RapidKL sahaja.

Pendaftaran Pas Pengangkutan Awam Tanpa Had Bulanan RM100 2019

Untuk pengetahuan, pas ini adalah pas untuk 30 hari dan bukannya pas bulanan. Tempoh 30 hari ini akan bermula dari tarikh penggunaan pertama. Pas bulanan pengangkutan awam ini akan  diperkenalkan dan dijalankan mulai 1 Januari 2019. Langganan boleh dibuat di kaunter di semua stesen LRT dan MRT serta di emPpat hab bas.

Pendaftaran Pas Pengangkutan Awam Tanpa Had Bulanan RM100 + RM50 2019


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran pas pengangkutan awam bulanan RM100 yang meliputi tarikh dan cara perdaftaran :

Tarikh Pendaftaran : akan dikemaskini

Cara Mendaftar Pas Pengangkutan Awam Bulanan RM100 


1. Pendaftaran Pas Bulanan Pengangkutan Awam RM 100 ini terbuka untuk pemegang MyKad atau MyTentera. Manakala bagi pemegang MyKid pula, MyKid adalah di antara 7 hingga 12 tahun, ibu bapa boleh membuat langganan mulai 15 Disember 2018.

2. Pas pengangkutan awam bulanan tersebut boleh didapati di semua stesen LRT dan MRT, dan juga di empat hab perhentian bas iaitu Shah Alam, Greenwood (Gombak), Sri Nilam (Ampang), dan terminal Kajang.

BACA JUGA : Senarai Bantuan Kerajaan Malaysia 2020

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.