Header Ads

Permohonan Program Rumah Perakku 2018 Online

Permohonan Program Rumah Perakku 2018 Online. Panduan buat kakitangan kerajaan dan anak jati negeri Perak yang ingin memiliki rumah Kos Rendah, Kos Sederhana dan Rumah Mampu Milik di Negeri Perak. Untuk makluman menerusi portal daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (PLHP), bagi yang berkelayakan boleh membuat permohonan Rumah Perakku 2018. Permohonan Program Perumahan Perakku 2018 hendaklah dibuat secara online di portal web LPHP.

Permohonan Program Rumah Perakku 2018 Online

Permohonan Program Rumah Perakku 2018 Online 


Berikut dikongsikan adalah maklumat cara permohonan Program Rumah Perakku 2018 termasuk memaparkan syarat kelayakan, kawasan rumah dan aplikasi permohonan :

Kategori Rumah Ditawarkan LPHP


1. Perakku Belia
2. Sewa
3. Rumah Perakku
4. My Beautiful New Home
5. Rumah Transit Belia
6. Program Perumahan Rakyat
7. Perwira

Syarat Permohonan Rumah Perakku 2018 


Antara syarat-syarat permohonan Program Rumah Perakku adalah seperti berikut :

1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
2. Pemohon yang belum memiliki rumah sendiri.
3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000 sebulan.
4. Pendapatan isi rumah tidak melebihi : RM 3,001 hingga RM 7,000 (Kos Sederhana) RM 70,001 hingga RM 140,000
5. Pendapatan Terbuka : (Mampu Milik) RM 140,001 hingga RM 250,000

Dokumen Penting

Antara dokumen penting yang diperlukan bersama borang permohonan yang diisi dengan lengkap :

1. Salinan Kad Pengenalan terbaru Pemohon dan isteri / suami.
2. Salinan Sijil Nikah / Daftar Perkahwinan.
3. Salinan Sijil Kelahiran / Kad Pengenalan anak-anak dan lain-lain tanggungan.
4. Salinan Sijil Kematian / Penceraian Sekiranya pemohon berstatus Balu/ Duda/ Janda.
5. Salinan Slip Gaji Terkini bagi 3 bulan berturut-turut dan Penyata KWSP pemohon dan isteri / suami.
6. Surat pengesahan dan Perakuan Pendapatan Bulanan Pemohon dan Isteri / suami dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) / Penghulu / Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri.
7. Sekeping Gambar Warna Ukuran Pasport (Terbaru).


Kawasan Rumah LPHP


Untuk makluman setakat ni pihak LPHP akan membangunkan rumah-rumah mampu milik di kawasan-kawasan berikut :

1. Chemor Ipoh Perak - Rumah Bandar (Town House) - 56 unit Keluasan Bangunan 860 Kps - Harga RM 70,000.00
2. Tanah Hitam, Chemor - Rumah Teres Setingkat - 100 unit Keluasan Bangunan 860 Kps - Harga RM 70,000.00.
3. Malim Nawar Kampar Perak - 62 unit - Rumah Teres Setingkat - Keluasan Bangunan 860 Kps - Harga RM 70,000.00.
4. Kg. Serdang Setiawan - Rumah Teres Setingkat - 100 unit Keluasan Bangunan 860 Kps - Harga RM 70,000.00.
5. Batu 10, Lekir Setiawan - 340 unit - Rumah Teres Setingkat - 340 unit Keluasan Bangunan 860 Kps - Harga RM 85,000.00.
6. Tanjung Tualang, Batu Gajah, Perak  - Rumah Belia - Teres Setingkat - 92 unit Keluasan Bangunan 860 Kps - Harga RM 70,000.00.

Cara Permohonan Rumah Perakku 2018 Online


1. Bagi anda anak jati negeri Perak yang memenuhi syarat kelayakan boleh membuat permohonan Program Rumah Perakku tahun 2018 secara dalam talian di http://lphp.perak.gov.my/borang.php.

2. Sila pastikan borang permohonan diisi
dengan betul dan lengkap. Sekiranya borang tidak lengkap, permohonan akan ditolak.

Untuk sebarang pertanyaan dan penghantaran borang, sila kemukakan kepada :

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
Aras G Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh,
Tel : 05-209 5000
Fax : 05-253 0001

Selamat membuat Permohonan Program Rumah Perakku 2018 secara online di portal LPHP. Semoga anda berjaya mendapat rumah kediaman yang diidamkan. 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.