Header Ads

Ujian Eksesais Pengambilan Polis 2018 (Jawatan Konstabel)

Ujian Eksesais Pengambilan Polis 2018 (Jawatan Konstabel). Panduan buat anda yang berminat menjadi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM). Untuk makluman menerusi portal RMP, warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat dijemput untuk menghadiri Ujian Pemeriksaan Fizikal bagi jawatan Konstabel Polis YA1 (lelaki sahaja) dan Konstabel Polis YT1 (lelaki sahaja) Polis Diraja Malaysia siri 2/2018. Berikut jadual dan lokasi Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal bagi jawatan Konstabel Polis Siri 2/2018.

Ujian Eksesais Pengambilan Polis 2018 (Jawatan Konstabel)

Ujian Eksesais Pengambilan Polis 2018 (Jawatan Konstabel)


Berikut dikongsikan adalah pengambilan Polis Diraja Malaysia 2018 bagi jawatan Konstabel Polis yang memaparkan syarat kelayakan, dokumen penting dan lokasi & masa eksesais :

Syarat Kelayakan Eksesais Pengambilan PDRM


A. Asas Kelayakan Fizikal

Umur Maksimum : tidak lebih 27 tahun pada 28 November 2018
Tinggi Minimum : 163cm dan ke atas
Berat Minimum : 50kg dan ke atas
BMI : julat 19.0 hingg 29.0
Ukuran Dada : 81cm (biasa), 86cm (tarik nafas)

B. Asas Kelayakan Akademik

Konstabel Polis YA1 
i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan Setaraf dengannya iaitu mendapat ;
ii. Dua subjek kepujian termasuk subjek bahasa Melayu
iii. Dan empat subjek lain LULUS pass.

Konstabel Polis YT1
i. Lulus Penilaian Tahap 3 (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan Setaraf dengannya iaitu mendapat ;
ii. Kepujian dalam bahasa Melayu untuk PT3
iii. Kepujian dalam bahasa Melayu untuk PMR
iv. Dan empat subjek lain LULUS pass termasuk Matematik

Lokasi Temuduga Eksesais Pengambilan Jawatan Konstabel Siri 2/2018


Calon-calon yang berminat boleh menyemak lokasi dan tarikh eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal Siri 2/2018 seperti berikut :

Jadual Ujian Eksesais Pengambilan Polis 2018 (Jawatan Konstabel)

Ujian Eksesais Pengambilan Polis 2018 (Jawatan Konstabel)

Dokumen Penting Perlu Dibawa


Calon yang hadir Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal PDRM Siri 2/2018 hendaklah membawa dokumen-dokumen seperti berikut ;

1. Kad pengenalan asal dan dua (2) salinan
2. Sijil kelahiran asal dan dua (2) salinan
3. Sijil PMR atau PT3 dan satu salinan untuk calon konstabel Polis YT1
4. Sijil SPM asal dan 1 salinan untuk calon Konstabel Polis YA1
5. Sijil berhenti sekolah asal dan satu (1) salinan
6. Satu salinan kad pengenalan ibu dan bapa atau satu salinan sijil kelahiran ibu dan bapa atau satu salinan sijil kematian ibu dan bapa
7. Satu salinan Sijil Nikah atau Surat Cerai dan sijil kelahiran anak bagi calon yang telah berkahwin
8. Dua keping gambar terkini (berkemeja atau berkolar) saiz berukuran passport
9. Pen dakwat hitam dan gam

Nota :
i. Calon yang hadir diwajibkan berpakaian sukan iaitu track bottom, baju tshirt berkolar, berkasut sukan dan membawa bersama seluar pendek semasa menghadiri ujian pemeriksaan. 
ii. Calon-calon yang telah hadir dan lulus Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal Siri 1/2018 yang berlangsung pada 24 September hingga 18 Oktober 2018 TIDAK PERLU HADIR ke Eksesais kali ini. 

Selamat menghadiri ke Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal Polis Diraja Malaysia Sesi 2/2018 bagi jawatan Konstabel. Semoga anda berjaya menjawat anggota Polis Diraja Malaysia.

Sumber : PDRM

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.