Header Ads

Permohonan Pendaftaran Skim Perlindungan Nasional B40 2019 Secara Online


Permohonan Pendaftaran Skim Perlindungan Nasional B40 2019 Secara Online. Panduan buat golongan yang berpendapatan rendah B40 yang ingin membuat pendaftaran Skim Perlindungan Nasional B40 secara percuma. Untuk makluman menerusi pembentangan Bajet Malaysia 2019, Menteri Kewangan Malaysia Lim Guan Eng telah mengumumkan satu Skim Perlindungan Nasional B40 secara percuma bagi golongan berpendapatan rendah yang berkelayakan. Skim Perlindungan Nasional B40 ini akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2019 dengan dana permulaan sebanyak RM2 billion. 

Permohonan Pendaftaran Skim Perlindungan Nasional B40 2019 Secara Online

Skim Perlindungan Nasional B40 adalah merupakan satu perlindungan insurans dan takaful kesihatan secara percuma bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah. Skim ini menawarkan perlindungan kesihatan kepada penerima yang layak untuk 36 jenis penyakit kritikal dan mendapat bayaran sehingga RM8,000. Kerajaan menjangkakan skim ini juga dapat membantu 4.1 juta golongan isi rumah B40 yang terdiri daripada individu berumur 18 hingga 55 tahun yang akan menerima manfaat Skim Perlindungan Nasional B40. 

Permohonan Pendaftaran Skim Perlindungan Nasional B40 2019 Secara Online


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran Skim Perlindungan Nasional B40 termasuk memaparkan tarikh, senarai penyakit dan aplikasi permohonan :

Tarikh Pendaftaran: 1 Mac 2019

Cara Permohonan Skim Perlindungan Nasional B40 2019 Online 


Seperti diumumkan oleh Menteri Kewangan, pendaftaran dan perkhidmatan sokongan pelanggan akan hanya beroperasi mulai 1 Mac 2019.

1. Bagi anda yang berpendapatan rendah yang berkelayakan boleh membuat permohonan Skim Perlindungan Nasional B40 secara dalam talian di akan dikemaskini.  

INFO :
Semua penerima yang layak akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Senarai Penyakit Dilindungi Skim Perlindungan Nasional B40


Berikut adalah senarai penyakit dilindungi Skim Perlindungan Nasional B40 yang dilancarkan pada 1 Januari 2019 :

1. Penyakit Alzheimer/Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih
2. Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama
3. Meningitis Bakteria
4. Tumor Otak Benigna
5. Buta/Hilang Penglihatan Sepenuhnya
6. Pembedahan Otak
7. Kanser
8. Kardiomiopati Teruk
9. Anemia Aplasia Kronik
10. Koma
11. Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri Koronari
12. Kepekakan/Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih
13. Ensefalitis/encephalitis
14. Kegagalan Hati Tahap Akhir
15. Penyakit Paru-Paru
16. AIDS Peringkat Teruk
17. Hepatitis Virus Fulminan
18. Serangan Jantung
19. Pembedahan Injap Jantung
20. HIV Akibat Transfusi Darah
21. Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang
22. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
23. Hilang Pertuturan
24. Trauma Kepala Utama
25. Pemindahan Organ Utama/ Sum
26. Penyakit Neuron Motor
27. Sklerosis Berbilang
28. Distrofi Otot
29. Kelumpuhan / Paraplegia
30. Penyakit Parkinson
31. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
32. Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius
33. Strok
34. Pembedahan Aorta
35. Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
36. Pelecuran Tahap Ketiga

Semoga adanya Skim Perlindungan Nasional B40 sekurang-kurangnya dapat membantu dan meringankan kos rawatan bagi golongan berpendapatan rendah. 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.