Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Laut Gred A19

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Laut Gred A19. Adakah anda ingin bekerja di sektor perkhidmatan awam? Jom mohon jawatan kosong kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Pembantu Laut A19.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Laut Gred A19

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Pembantu Laut Gred A19 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Jabatan Laut Malaysia. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pembantu Laut Gred A19 bagi permohonan kerja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Laut Gred A19


Berikut adalah informasi tentang Pembantu Laut Gred A19 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Pembantu Laut Gred A19


Gaji Pembantu Laut Gred A19 sekitar RM1,362.00 sehingga RM4,034.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Pembantu Laut pula berjumlah RM100.

Syarat Kelayakan Pembantu Laut Gred A19


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred A19: RM1,362.00); atau
● Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred A19: RM1,362.00); atau
● Mate On Ships Of Less Than 500 GT On Domestic Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred A19: RM1,420.12); atau
● Engineer Officer Of Less Than 750 kW On Domestic and Near Coastal Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred A19: RM1,420.12); atau
● Master On Ships Of Less Than 500 GT On Domestic Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred A19: RM1,478.24); atau
● Officer In Charge Of Navigational Watch Less Than 500 GT Near Coastal Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred A19: RM1,536.36).

Jawatan Pembantu Laut Gred A19 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

>> Artikel berkaitan : Semakan Status SPA8i Melalui SMS 

Deskripsi Tugas Pembantu Laut Gred A19


Berikut adalah tugas-tugas Pembantu Laut seperti di bawah :

1. Aspek Kewangan dan Personel

i. Melaksanakan pengutipan hasil-hasil negeri dan persekutuan;
ii. Melaksanakan pengumpulan data-data kutipan hasil kerajaan;
iii. Melaksanakan pembelian aset dan perolehan pejabat;
iv. Bertanggungjawab dalam mengurus aset dan stor; dan
v. Melaksanakan pengurusan kepatuhan dokumen-dokumen ISO jabatan.

2. Aspek Industri (Perkapalan)

i. Melaksanakan pengurusan dokumen pendaftaran kapal dan bot;
ii. Menyediakan dokumen dalam pengurusan dan penyelarasan siasatan untuk tujuan pendakwaan kes-kes marin;
iii. Menyediakan dokumentasi kes-kes saman dan kompaun; dan
iv. Menyediakan rekod, perangkaan dan laporan pendaftaran kapal dan bot berlesen.

3. Aspek Keselamatan Pelayaran

i. Membantu dalam pengurusan peralatan bantuan pelayaran beroperasi mengikut garis panduan International Association Of Marine Aids To Navigation And Lighthouse Authority (IALA);
ii. Membantu dalam urusan yang berkaitan dengan melawan dan mengawal pencemaran marin;
iii. Membantu dalam aktiviti penerimaan bangkai kapal dan salvaj; dan
iv. Membantu mengumpul maklumat untuk penerbitan buku air pasang surut.

4. Aspek Hal-Ehwal Pelaut dan Pelabuhan

i. Membantu dalam melaksanakan urusan dokumentasi pelaut;
ii. Bertanggungjawab dalam mengendalikan operasi bot;
iii. Bertanggungjawab dalam senggaraan dan inventori aset dan jeti jabatan;
iv. Melaksana urusan pentadbiran pejabat pelabuhan; dan
v. Menyediakan perangkaan bot dan urusan pejabat pelabuhan secara berkala.

5. Aspek Penyelidikan dan Pembangunan (Latihan dan Infrastruktur)

i. Membantu penyediaan maklumat dan dokumen dalam membangunkan program kursus latihan pelayaran (nautika);
ii. Kejuruteraan marin mengikut piawaian yang ditetapkan;
iii. Membantu mempromosi program latihan melalui media cetak dan elektronik;
iv. Membantu dalam penyediaan penilaian dan analisis program latihan; dan
v. Membantu dalam penyediaan dokumentasi program latihan dan penyelidikan.

INFO BERKAITAN :

Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia 2019 

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Pembantu Laut Gred A19 membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Sumber : SPA

1 ulasan:

  1. Sy dah cek dah tertulis melepasi syaratx2 yg telah di tetap oleh suruhanjaya tapi kt mana sy nak temuduga tu dya kta kt sabah tpi xda bgthu daerah mna trikh temuduga dn sbgainya.. Mohon bntuan

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.