Header Ads

Cara Daftar dan Login JPJeBid Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Online

Cara Daftar dan Login JPJeBid Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Online. Panduan buat anda yang ingin membuat bidaan plat nombor kenderaan. Untuk makluman, kini pendaftaran sistem bidaan plat nombor kenderaan boleh dibuat secara online menerusi laman web JPJeBid. Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah melaksanakan bidaan nombor pendaftaran kenderaan menerusi sistem JPJeBid bermula 15 April 2019. Bidaan ini boleh dilakukan di portal https://jpjebid.jpj.gov.my/ebid.

Cara Daftar dan Login JPJeBid Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Online

Cara Daftar dan Login JPJeBid Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Online 


Berikut dikongsikan maklumat tentang JPJeBid yang merangkumi cara pendaftaran, kategori layak, syarat dan cara hubungi :

Kategori Layak Mendaftar Portal JPJeBid


i) Individu:
Penduduk Tetap Malaysia (PTM) dan Orang Awam Malaysia (MAL) yang berumur 18 tahun dan ke atas.

ii) Perniagaan/Syarikat:
Perniagaan/Syarikat yang berdaftar.

Syarat Pendaftaran Portal JPJeBid


Individu/Perniagaan/Syarikat yang layak mestilah mempunyai rekod atau transaksi di dalam Sistem mySIKAP.

Kaedah Pembayaran Bidaan Plat Nombor Kenderaan


Pembida hanya boleh melakukan pembayaran bidaan melalui kad kredit tempatan (Local Creadit Card Issuer) sahaja.

Nota : Jika bidaan berjaya, amaun bidaan akan ditolak dari kad kredit pembida dengan serta-merta.

Cara Daftar dan Login JPJeBid Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Online

Cara Daftar JPJeBid Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Online 


Individu/Perniagaan/Syarikat yang layak yang tidak mempunyai rekod atau transaksi di dalam Sistem mySIKAP perlu mendaftar di mana-mana pejabat Negeri dan cawangan JPJ kecuali UTC terlebih dahulu. Sila kemukakan salinan dokumen pengenalan diri mengikut kategori:

i) Individu: Satu salinan kad pengenalan/passport/sijil kelahiran/resit pengenalan sementara yang masih berkuat kuasa

ii) Perniagaan pemilik tunggal atau perkongsian:

a. Satu salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan - Borang D (nama syarikat,maklumat dan maklumat pemilik); atau

b. Satu salinan Lesen Perniagaan (Sabah dan Sarawak sahaja)

c. Surat wakil syarikat sekiranya wakil syarikat yang hadir untuk membuat pendaftaran.

iii) Syarikat Sdn. Bhd:

a. Satu salinan Borang 9 atau Borang 13 dan Borang 49 atau Borang Seksyen 58.

b. Surat wakil syarikat sekiranya wakil syarikat yang hadir untuk membuat pendaftaran.

* Sila pastikan anda telah menerima email pengesahan daripada Sistem mySIKAP sebelum membuat capaian di Portal JPJeBid. Anda juga disarankan menggunakan akaun emel yang aktif dan peti masuk yang sedia menerima sebarang notifikasi.

Cara Daftar dan Login JPJeBid Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Online

Sebarang pertanyaan tentang JPJeBid, sila hubungi di:

i) Bahagian Perlesenan Kenderaan Ibu Pejabat Putrajaya
No. Telefon : 03-8892 1186/1476/1456
ii) Customer Care & It Support
E-mel : aduan.jpjebid@jpj.gov.my
iii) Mana-mana kaunter JPJ yang berdekatan

Selamat membuat pendaftaran nombor plat kenderaan secara online.

Sumber : JPJ

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.