Header Ads

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 Perak (Setiausaha Majlis)

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 Perak (Setiausaha Majlis). Panduan buat anda yang bakal menduduki peperiksaan Pegawai Tadbir N41 Perak sesi 2019. Untuk makluman, peperiksaan online Pegawai Tadbir N41 (Setiausaha Majlis) Negeri Perak akan dijalankan pada 4 Mei 2019. Apakah persediaan anda untuk menduduki peperiksaan online SPA? Jadi disini dikongsikan contoh soalan dan panduan peperiksaan Pegawai Tadbir N41 Perak.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 Perak (Setiausaha Majlis)

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 Perak (Setiausaha Majlis) 


Berikut adalah informasi lanjut tentang jawatan Pegawai Tadbir N41 Perak mengenai contoh soalan, format soalan dan nota rujukan peperiksaan :

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE
=====================================
PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN PEGAWAI TADBIR GRED N41 (SETIAUSAHA MAJLIS)
Tarikh Peperiksaan : 4 Mei 2019 (Sabtu)
Masa : 9:00 PAGI - 12:00 TENGAHARI

Format Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 


● SEKSYEN A : PENGETAHUAN AM

● SEKSYEN B : DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

● SEKSYEN C : BAHASA INGGERIS

Contoh Soalan Exam Online Pegawai Tadbir N41 


Berikut adalah contoh soalan pengetahuan am dan daya menyelesaikan masalah Pegawai Tadbir Gred N41 seperti di bawah ;

Seksyen A : Pengetahuam Am

Dalam seksyen ini soalan-soalan yang dikemukakan adalah berkenaan perkara berkaitan dengan politik, sosial, hal ehwal semasa, sains teknologi, ekonomi, perdagangan, sukan dan lain-lain lagi.

Masa : 40 minit
Soalan : 50 soalan aneka pilihan

1. Ketua dalam bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Kementerian Dalam Negeri (KDN) ialah
A. Setiausaha Bahagian Gred Khas C
B. Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F54
C. Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F52
D. Ketua Penolong Setiausaha Gred F48

2. Namakan mantan Perdana Menteri yang mengasaskan Transformasi Pembangunan
Luar Bandar Pertama pada tahun 1957.
A. Tunku Abdul Rahman
B. Tun Abdul Razak
C. Tun Hussein Onn
D. Tun Dr. Mahathir

3. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjalinkan kerjasama dengan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk urusan di peringkat antarabangsa melalui
agensi di bawahnya TIDAK TERMASUK
A. United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC)
B. United Nations High Commissioner on Refugees (UNHCR)
C. Gagasan Malaysia, Filipina dan Indonesia (MAPHILINDO)
D. Office of the High Commissioner for Human Rights (OHCHR)

4. Perdana Menteri perlu merujuk kepada satu pihak sebelum membuat lantikan
Hakim Besar. Siapakah pihak tersebut?
A. Ketua Menteri Sabah
B. Ketua Menteri Sarawak
C. Ketua Hakim Negara
D. Hakim-Hakim Besar

5. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menyelia agensi dan
jabatan kerajaan di bawah KECUALI
A. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
B. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
C. Lembaga Tabung Haji
D. Majlis Amanah Rakyat (MARA)

6. Seorang ahli Dewan Rakyat mempunyai had umur minimum untuk menjadi ahli iaitu bermula pada umur
A. 18 tahun
B. 21 tahun
C. 23 tahun
D. 27 tahun

Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam Seksyen B berkisarkan soalan mengukur daya menyelesaikan masalah calon dan soalan matematik. Soalan matematik yang ditanya merangkumi standard SPM sahaja.

Masa : 50 Minit
Soalan : 40 soalan aneka pilihan

I. Kemahiran Menggunakan Logik



II. Kemahiran Menginterpretasi Data

1. Carta berikut menunjukkan bilangan pelancong tempatan dan luar negara yang melawat ke Zoo Negara dari bulan Januari hingga Mac.

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN

Pada bulan April , bilangan pelancong luar negara telah menurun sebanyak 40 peratus manakala bialngan pelancong tempatan adalah 1/3 berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatan dan pelancong luar negara yang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.

A. 20 orang  C. 60 orang
B. 40 orang  D. 80 orang

Jawapan : B

Teknik menjawab soalan

Pelancong luar negara:
40/100% x 400 = 160
400 - 160 = 240

Pelancong tempatan :
1/3 x 600 = 200

Beza pelancong Bulan April :
240 - 200 = 40

III. Konsep Matematik



PERINGATAN : Contoh-contoh soalan yang dikongsikan oleh pihak kami hanyalah sekadar contoh dan gambaran sahaja, tidak mempuyai kaitan soalan ramalan atau bocor soalan.

Jadi bagaimana dengan persediaan anda sekarang?


Panduan Lengkap Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 Perak


> Nota berkaitan jawatan Pegawai Tadbir N41
> Penerangan format terkini Peperiksaan Pegawai Tadbir N41
> 60++ Contoh soalan Seksyen A
> 40++ Contoh soalan Seksyen B
> 40++ Contoh soalan Seksyen C


Selamat maju jaya buat calon❗

Pihak SPA8i.net tidak berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Apa yang tim SPA8i.net sediakan adalah bantuan persediaan calon untuk menduduki peperiksaan. Soalan disediakan bukan BUKU KAJIAN jauh sekali soalan sebenar peperiksaan. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon dilengkapi dengan nota-nota persediaan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.