Header Ads

Cara Daftar JobsMalaysia Online (Aktifkan Akaun)

Cara Daftar JobsMalaysia Online (Aktifkan Akaun). Anda sedang mencari pekerjaan di sektor kerajaan atau swasta? Panduan buat anda yang ingin mendaftar dan mengaktifkan akaun JobsMalaysia. Untuk makluman, JobsMalaysia adalah satu portal pekerjaan secara atas talian yang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia. Bagi anda yang nak memohon jawatan kosong boleh terus ke laman web www.jobsmalaysia.gov.my.

Cara Daftar JobsMalaysia Online (Aktifkan Akaun)

Cara Daftar JobsMalaysia Online (Aktifkan Akaun)


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang cara aktifkan akaun JobsMalaysia :

1. Layari di laman web JobsMalaysia http://www.jobsmalaysia.gov.my/.

2. Klik anak panah pada tab 'Pencari Kerja' dan pilih 'Daftar Akaun Baru'.

3. Setelah itu masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik butang 'Hantar'.

4. Klik butang 'Pendaftaran Online'.

5. Kemudian lengkapkan profil dan maklumat anda dengan sahih.

6. Di akhir halaman, pilih Tahap Pendidikan dan Sektor Pekerjaan.

7. Setelah selesai mengisi maklumat dikehendaki, tekan butang berikut untuk halaman seterusnya.

8. Lengkapkan maklumat Pendaftaran Pemcari Kerja - Jawatan Dipohon. Anda perlu mengisi maklumat untuk setiap sektor pekerjaaan yang telah anda pilih.

9. Lengkapkan maklumat tentang Maklumat Fizikal, Maklumat Akademik, Pengalaman Kerja, Kokurikulum dan Maklumat Tambahan.

10. Seterusnya baca pengakuan pemohon. Klik pada kotak setuju.

11. Akhirnya selesai isi di halaman tersebut. Skrin akan dipaparkan maklumat Login ID pencari kerja bersama Nombor Pin.

Semoga perkongsian tentang ini dapat dijadikan panduan yang nak aktifkan akaun JobsMalaysia.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.