Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Meteorologi Gred C41

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Meteorologi Gred C41. Anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam sebagai Pegawai Meteorologi? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i Gaji, Kelayakan & Tugas iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Pegawai Meteorologi Gred C41.  


Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Meteorologi Gred C41

Permohonan dan pengambilan jawatan Pegawai Meteorologi Gred C41  telah dibuka kekosongan jawatan di jabatan atau pelbagai kementerian. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pegawai Meteorologi Gred C41
bagi permohonan kerja lepasan Ijazah Sarjana Muda menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Meteorologi Gred C41 


Berikut dikongsikan adalah informasi tentang Pegawai Meteorologi Gred C41
mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi ttugasnya ;

Gaji Pegawai Meteorologi Gred C41 


Gaji Pegawai Meteorologi Gred C41 sekitar RM2,317.00 sehingga RM9,620.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan adalah berjumlah RM225.00.

Syarat Kelayakan Pegawai Meteorologi Gred C41 


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. warganegara Malaysia;
2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3. ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang sains atmosfera atau oseanografi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM2,317.00); atau
4. ijazah sarjana muda sains kepujian dalam  bidang matematik, fizik atau geofizik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM2,317.00); atau
5. ijazah sarjana dalam bidang meteorologi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM2,835.35); atau.
6. Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang meteorologi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM3,146.69).

Jawatan Pegawai Meteorologi Gred C41  boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

Deskripsi Tugas Pegawai Meteorologi Gred C41 


Berikut adalah tugas-tugas Pegawai Meteorologi Gred C41 seperti di bawah :

Bertanggungjawab mengeluarkan ramalan cuaca, mengeluarkan amaran cuaca, memantau dan mengeluarkan maklumat gempa bumi dan tsunami agar kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa dapat dikurangkan, menganalisis perubahan keadaan cuaca secara profesional dan mengenal pasti impak serta langkah-langkah mengurangkan impak, menganalisis carta-carta kaji cuaca dan menjalankan penyelidikan ke atas fenomena cuaca untuk mengurangkan impak cuaca buruk. Menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat yang berkualiti dengan cekap dan berkesan bagi memenuhi keperluan pelanggan dan harapan stakeholders untuk meningkatkan aktiviti-aktiviti sosio-ekonomi rakyat dan negara.

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan & tugas Pegawai Meteorologi Gred C41 dapat membantu mereka yang ingin bekerja di sektor kerajaan. Selamat maju jaya dan moga dapat berkhidmat di pelbagai jabatan.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.