Header Ads

Jawatan Kosong Guru Interim 2019 Sarawak (JPNS)

Jawatan Kosong Guru Interim 2019 Sarawak (JPNS). Bilakah tarikh pengambilan guru interim Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak tahun 2019? Untuk makluman menerusi Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPN), mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengisi jawatan Guru Interim bagi mengisi kekosongan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di seluruh Sarawak.

Jawatan Kosong Guru Interim 2019 Sarawak

Jawatan Kosong Guru Interim 2019 Sarawak 


Berikut dikongsikan adalah permohonan pengambilan Guru Interim KPM 2018 bagi Sekolah Menengah & Sekolah Rendah Negeri Sabah termasuk memaparkan maklumat jawatan, syarat kelayakan, bidang ditawarkan dan cara permohonan :

Nama Jawatan : Guru Interim
Tempoh Interim : Tiga (3) tahun sahaja
Tarikh permohonan : 31 Mei 2019
Tarikh tutup permohonan : 12 Jun 2019 sebelum jam 11.59 pm

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN ASAS


Calon-calon hendaklah:

1.1 Warganegara Malaysia;
1.2 Sihat tubuh badan;
1.3 Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Ogos 2019;
1.4 Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA minimum 2.5 atau yang setara dengannya daripada Universiti Awam (UA), Institut PendidikanTinggi Swasta (IPTS) tempatan atau universiti luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;
1.5 Pemohon yang memiliki ijazah sarjana muda daripada IPTS tempatan dan institusi luar negara perlu mendapatkan surat pengiktirafan ijazah daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendididikan Malaysia yang boleh dimuat turun daripada laman web di alamat:
i) http://www2.mqa.gov.my/mqr/ dan
ii) http://www2.mqa.gov.my/esisraf/ ; dan
1.6 Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan.
1.7 Keutamaan akan diberi kepada calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

Cara Permohonan Guru Interim 2019 Sarawak Online 


1. Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) di http://bit.ly/guruinterim2019 mulai pada 31 Mei 2019.

2. Calon yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/manipulasi maklumat dalam ‘Google Forms’ akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari temu duga, lapor diri bertugas dan selama tempoh interim.

Maklumat :

a. Pemohon yang diterima perlu menduduki Ujian Psikometrik sebelum ditemu duga bagi jawatan Guru Interim.
b. Pemohon yang lulus temu duga dan ditawarkan jawatan Guru Interim hendaklah bersetuju dan patuh dengan syarat-syarat surat tawaran interim serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa untuk berkhidmat di mana-mana sekolah samada di kawasan bandar atau pedalaman.
c. Guru Interim tersebut dikehendaki berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun di sekolah yang ditetapkan dan tidak akan dipertimbangkan sebarang permohonan pertukaran sepanjang tempoh interim.
d. Maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya dipanggil temu duga akan dimaklumkan secara emel dan calon dikehendaki membawa salinan cetakan emel semasa temu duga.
e. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumat selepas TIGA BULAN adalah dianggap tidak berjaya. JPNS tidak akan mengeluarkan makluman secara bersurat kepada pemohon.

Semoga anda berjaya mengisi kekosongan tempat sebagai seorang guru di Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.