Header Ads

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Johor Bahru 2022 (MBJB)

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Johor Bahru 2022 (MBJB). Peluang buat mereka yang berkelayakan dan berminat untuk memohon jawatan kosong di sektor perkhidmatan awam. Untuk makluman, Warganegara Malaysia adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan di Majlis Bandaraya Johor Bahru . Keutamaan akan diberi kepada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau warganegara Malaysia yang telah menduduki Negeri Johor tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut. Permohonan jawatan kosong ini boleh dibuat secara online di laman web Majlis Bandaraya Johor Bahru. Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 April 2022.

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Johor Bahru 2022 (MBJB)  (MBJB)

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Johor Bahru 2022 (MBJB) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang jawatan kosong Majlis Bandaraya Johor Bahru termasuk memaparkan senarai jawatan dan kekosongan :

Jawatan : 
a. Pegawai Pertanian 
b. Arkitek Landskap 
c. Penolong Pustakawan
d. Penolong Akauntan
e. Pengawal Keselamatan
f. Pembantu Operasi
Jabatan/ Kementerian: Majlis Bandaraya Johor Bahru 
Tarikh tutup permohonan: 28 April 2022

Cara Permohonan Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Johor Bahru 


(a) Permohonan hendaklah dibuat secara online menerusi portal https://www.mbjb.gov.my/.

(b) Semua permohonan yang dikemukakan hendaklah disertakan :-

(i) salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
(ii) salinan Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR);
(iii) salinan transkrip pengajian;
(iv) Salinan sijil Diploma/Ijazah;
(v) salinan semakan Pengiktirafan Kelayakan dari JPA melalui laman
web interaktif http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm (Sijil / Diploma / Ijazah);
(vi) salinan sijil/dokumen akademik dan lain-lain yang berkaitan;
(vii) salinan Lesen Kelas Memandu;
(viii) salinan kad pengenalan;
(ix) salinan sijil kelahiran; dan
(x) gambar berukuran pasport terbaru.
dan hendaklah diakui sah serta alamatkan kepada :-

DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
PETI SURAT 232
80720 JOHOR BAHRU

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Majlis Bandaraya Johor
Bahru di alamat www.mbjb.gov.my.

Semoga anda berjaya mengisi kekosongan jawatan di Majlis Bandaraya Johor Bahru tahun 2022.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.