Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Tanah Gred NT29

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Tanah Gred NT29. Berminat bekerja menjadi penjawat awam? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Penolong Pegawai Tanah Gred NT29.

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Tanah Gred NT29

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Penolong Pegawai Tanah Gred NT29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Pegawai Tanah Gred NT29 bagi permohonan kerja lepasan Diploma menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Tanah Gred NT29


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Penolong Pegawai Tanah Gred NT29 termasuk memaparkan gaji, syarat kelayakan dan deksripsi Tugas ;

Gaji Penolong Pegawai Tanah Gred NT29


Gaji Penolong Pegawai Tanah Gred NT29 sekitar RM1,493.00 sehingga RM5,672.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Penolong Pegawai Tanah Gred NT29 pula berjumlah RM145.00.

Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Tanah Gred NT29


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Sijil dalam bidang ukur tanah atau perancang Bandar dan wilayah atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred NT29: RM1,493.00); atau
● Diploma dalam bidang ukur tanah, perancangan Bandar dan wilayah atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred NT29: RM1,846.15)

Jawatan Penolong Pegawai Tanah boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Tanah Gred NT29


Berikut adalah tugas-tugas Penolong Pegawai Tanah Gred NT29 seperti di bawah :

Bertanggungjawab menerima dan memproses permohonan pengambilan balik tanah untuk projek-projek Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Agensi-agensi Kerajaan, mengawasi pelaksanaan kerja-kerja penempatan dan memperakukan kepada Pemungut Hasil Tanah atau pengesahan pelan-pelan yang disediakan oleh Jabatan Ukur bagi penempatan terakhir, memproses permohonan tanah, lesen pendudukan sementara dan permit, terlibat dalam urusan pendaftaran hak milik dan urusan tanah, urusan penguatkuasaan dan tugas-tugas lain yang diarahkan.

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Tanah Gred NT29 membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.