Header Ads

Jawatan Kosong Majlis Daerah Simpang Renggam 2019 (MDSR)

Jawatan Kosong Majlis Daerah Simpang Renggam 2019 (MDSR). Peluang buat mereka yang berkelayakan dan berminat untuk memohon jawatan kosong di sektor perkhidmatan awam. Untuk makluman daripada portal Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) mempelawa kepada calon yang berkomited dan berminat membuat permohonan jawatan kosong Majlis Daerah Simpang Renggam tahun 2019. Permohonan jawatan kosong Majlis Daerah Simpang Renggam ini boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati di laman web mdsrenggam. Tarikh tutup permohonan adalah tidak dinyatakan.


Jawatan Kosong Majlis Daerah Simpang Renggam 2019 (MDSR) 


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak
kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Keutamaan kepada
rakyat Negeri Johor yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan
jawatan berikut:

Jawatan :
i. PENOLONG PEGAWAI TADBIR
ii. PENOLONG AKAUNTAN
iii. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
Kekosongan Baru 2019
Lokasi Kekosongan : Johor
Tarikh Tutup : 30 Jun 2019

Cara Permohonan Jawatan Kosong Majlis Daerah Simpang Renggam 2019


Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong di Majlis Daerah Simpang Renggam tahun 2019 seperti di bawah :

1. Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati dengan harga RM 1.00/set di pejabat Majlis Majlis Daerah Simpang Renggam atau dengan memuat turun
borang di laman web http://www.mdsrenggam.gov.my.

2. Permohonan dari pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan /Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 Peraturan 18.

3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM,
JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN,
(BAHAGIAN SUMBER MANUSIA),
86200 SIMPANG RENGGAM,JOHOR
TARIKH TUTUP PERMOHONAN :30 JUN 2019
(sila nyatakan nama jawatan yang dipohon pada penjuru sebelah kiri sampul surat)

4. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul berkenaan semasa memohon dan mengembalikan borang-borang permohonan.Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan:
i. salinan kad pengenalan yang telah disahkan
ii. salinan sijil kelahiran yang telah disahkan 
iii. salinan sijil-sijil persekolahan yang telah disahkan
iv. 1 keping gambar yang terbaru berukuran passport
v. lain-lain dokumen sokongan yang telah disahkan

5. Pemohon juga hendaklah menyediakan ‘video resume’ sebagaimana berikut :
a. Berdurasi tidak lebih dari 3 minit
b. Menggunakan suara pemohon sebenar

6. Kandungan video hendaklah merangkumi perkara-perkara seperti di bawah :
a. Ringkasan latarbelakang keluarga pemohon.
b. Ringkasan latarbelakang pendidikan pemohon.
c. Ringkasan pengalaman kerja pemohon.
d. Pekerja/aktiviti terakhir atau semasa pemohon.
e. Ringkasan pencapaian/anugerah tertinggi pemohon.
f. Ringkasan dan hobi kegiatan luar pemohon.
g. Ringkasan penglibatan pemohon di dalam masyarakat atau ‘NGO’.
h. Ringkasan kelebihan/kesesuaian pemohon dengan jawatan yang dipohon.
i. Ringkasan matlamat dan perancangan masa depan pemohon.
j. Ringkasan kelemahan/kekurangan pemohon.

7. Pemohon digalakkan menghasilkan ‘video resume’ yang unik dan kreatif.

8. Semua ‘video resume’ hendaklah dihantar melalui email kepada urusetia di alamat info@mdsrenggam.gov.my

9.. Pemohon yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan atau tidak bergambar atau tidak lengkap akan ditolak.

10. Semua dokumen perlu disahkan oleh Kumpulan Pengurusan dan Profesional gred 41 keatas sahaja.

Nota : Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

Semoga anda berjaya mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Simpang Renggam tahun 2019.

Sumber : mdsrenggam

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.