Header Ads

Jawatan Kosong Majlis Daerah Tanjong Malim 2019 (MDTM)

Jawatan Kosong Majlis Daerah Tanjong Malim 2019 (MDTM). Peluang buat mereka yang berkelayakan dan berminat untuk memohon jawatan kosong di sektor perkhidmatan awam atau swasta. Untuk makluman, Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) mempelawa warganegara Malaysia yang mempunyai  ciri-ciri modal insan yang berkompetensi, berkelayakan, berintegriti, berfikiran dinamik,  berkeyakinan tinggi untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Tanjong Malim. Permohonan jawatan kosong ini boleh dibuat secara online di laman web https://digital.perak.my/. Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Jun 2019.

Jawatan Kosong Majlis Daerah Tanjong Malim 2019 (MDTM)

Jawatan Kosong Majlis Daerah Tanjong Malim 2019 (MDTM) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang jawatan kosong Majlis Daerah Tanjong Malim termasuk memaparkan senarai jawatan, aplikasi permohonan dan tarikh tutup :

Jawatan :
1. PELUKIS PELAN GRED JA19/JA22
2. PEMBANTU PENGUATKUASA GRED KP19/KP22
3. PENOLONG JURUTERA GRED JA29/30/JA36
4. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA GRED KP29/KP32
5. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29/N32
6. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U29/U32
7. PEMBANTU PENILAIAN GRED W19/W22
Kekosongan Baru 2019
Lokasi Kekosongan : Perak
Tarikh Tutup Permohonan : 25 Jun 2019

Cara Permohonan Jawatan Kosong Majlis Daerah Tanjong Malim 2019 Online 


1. Permohonan jawatan yang ditawarkan hendaklah dipohon melalui sistem permohonan jawatan kosong di https://digital.perak.my/.

2. Permohonan yang telah lengkap perlu dicetak dan disahkan beserta dengan salinan sijil dan transkrip atau keputusan peperiksaan yang telah diperolehi, kad pengenalan, sijil kelahiran yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran pasport.

3. Permohonan daripada calon-calon yang sedang berkhidmat dengan kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan / Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21. Permohonan yang tidak menurut peraturan dalam borang akan ditolak.

4. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:-

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Tanjong Malim
Peti Surat 59,
35900 TANJONG MALIM

Catatan Am:

i. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
ii. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ini ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

Semoga anda berjaya mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Tanjong Malim.

Sumber : MDTM

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.