Header Ads

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Alor Gajah 2019 (MPAG)

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Alor Gajah 2019 (MPAG). Peluang buat mereka yang berkelayakan dan berminat untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran. Untuk makluman daripada portal Majlis Perbandaran Alor Gajah mempelawa kepada calon yang berkomited dan berminat membuat permohonan jawatan kosong Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) tahun 2019. Permohonan jawatan kosong ini boleh dibuat secara online di laman www.mpag.gov.my. Tarikh tutup permohonan adalah pada 24 Jun 2019.

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Alor Gajah 2019 (MPAG)

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Alor Gajah 2019 (MPAG) 


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak
kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan bagi mengisi kekosongan
jawatan berikut:

Jawatan :
1. JURUUKUR BAHAN
2. PENOLONG JURUUKUR BAHAN
3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
4. PEMBANTU OPERASI
5. PENGHANTAR NOTIS
Kekosongan Baru 2019
Lokasi Kekosongan : Melaka
Tarikh Tutup : 24 Jun 2019

Cara Permohonan Jawatan Kosong MPAG 2019 Online 


Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong di Majlis Perbandaran Alor Gajah tahun 2019 seperti di bawah :

a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Alor Gajah yang boleh didapati dari laman web MPAG aitu
http://www.mpag.gov.my atau datang sendiri ke Aras 2, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.

b) Permohonan adalah dipelawa daripada warganegera Malaysia dan keutamaan kepada anak kelahiran Negeri Melaka.

c) Permohonan hendaklah disertakan dengan sesalinan sijil-sijil kelayakan dan dokumen yang disahkan. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan akan ditolak dengan serta merta.

d) Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan salinan kenyataan
perkhidmatan yang telah dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) terkini dan dihantar melalui majikan masing-masing.

e) Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar di dalam sampul surat berukuran 32sm x 22sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul hendaklah ditulis NAMA JAWATAN yang dipohon.

f) Alamat permohonan dan tarikh tutup permohonan :

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Alor Gajah
Jalan Dato' Dol Said
78000 Alor Gajah, Melaka

Semoga anda berjaya mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Hang Alor Gajah tahun 2019.

Sumber : mpag

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.