Header Ads

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Jasin 2022 (MPJ)

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Jasin 2022 (MPJ). Peluang buat mereka yang berkelayakan dan berminat untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran. Untuk makluman daripada portal Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mempelawa kepada calon yang berkomited dan berminat membuat permohonan jawatan kosong Majlis Perbandaran Jasin tahun 2022. Permohonan jawatan kosong ini boleh dibuat secara online di laman www.mpjasin.gov.my. Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Mac 2022.

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Jasin 2022 (MPJ)

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Jasin 2022 (MPJ) 


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia khususnya rakyat Negeri Melaka berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:

Jawatan :
1. PENOLONG PEGAWAI SENIBINA
2. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN 
3. PEMBANTU AKAUNTAN
4. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
Jabatan : Majlis Perbandaran Jasin
Lokasi Kekosongan : Melaka
Tarikh Tutup : 14 Mac 2022

Cara Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Jasin Online 


Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong di Majlis Perbandaran Jasin seperti di bawah :

1. Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Perjawatan Majlis Perbandaran Jasin.

2. Borang boleh didapati dengan hadir sendiri pada hari bekerja biasa di pejabat Majlis Perbandaran Jasin serta melayari Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Jasin (http://www.mpjasin.gov.my).

3. Borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar dan salinan Sijil Kelahiran, Sijil Kelulusan, Sijil Berhenti Sekolah serta lain-lain dokumen yang berkaitan. (Setiap salinan perlu diakui sah oleh mana – mana Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pengurusan Dan Profesional ke atas dan Penghulu Kerajaan Sahaja).

4. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:-
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN JASIN
VISTA ALAMANDA
77000 JASIN
MELAKA.

Nota :

(a) Hanya calon-calon yang berkelayakan dan berjaya melepasi tapisan akan dipanggil untuk temuduga.
(b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan atau setelah di temuduga tidak menerima jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan / temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
(c) Pentadbiran Majlis tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.

Semoga anda berjaya mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Jasin tahun 2022.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.