Header Ads

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kulai 2019

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kulai 2019 (MPK). Peluang buat mereka yang berkelayakan dan berminat untuk memohon jawatan kosong di sektor perkhidmatan awam. Untuk makluman daripada portal Majlis Perbandaran Kulai (MPK) mempelawa kepada calon yang berkomited dan berminat membuat permohonan jawatan kosong Majlis Perbandaran Kulai tahun 2019. Permohonan jawatan kosong MP Kulai 2019 ini boleh dibuat secara online di laman web www.mpkulai.gov.my. Tarikh tutup permohonan adalah pada 4 Julai 2019.

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kulai 2019

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kulai 2019


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak
kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Keutamaan kepada
rakyat Negeri Johor yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan
jawatan berikut:

Jawatan :
1. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA
2. PENOLONG JURUTERA
3. PENOLONG PENGUATKUASA
4. PEMBANTU TADBIR
5. PEMBANTU AWAM
6. PEMBANTU OPERASI
Kekosongan Baru
Lokasi Kekosongan : Johor
Tarikh Tutup : 4 Julai 2019

Cara Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Selayang 2019


Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kulai tahun 2019 seperti di bawah :

1. Permohonan-permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Majlis Perbandaran Kulai yang boleh diperolehi daripada Pejabat Majlis secara percuma.

2. Borang Permohonan juga boleh diperolehi  dengan muat turun dari Laman Web Rasmi www.mpkulai.gov.my

3. Permohonan hendaklah disertakan bersama sekeping gambar berukuran passport, salinan Kad Pengenalan, Sijil Persekolahan & Sijil Berhenti Sekolah (setiap Salinan sijil hendaklah diperakui sah oleh pegawai yang bertauliah).

4. Bagi kelayakan Sijil/Diploma/Ijazah perlu dilampirkan pengiktirafan kelayakan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Laman Web :- http://www2.mqa.gov.my/esisraf/ dan dihantar bersama borang permohonan.

5. Permohonan yang lewat diterima, tanpa gambar dan tanpa dokumen – dokumen diatas dan tidak mengikuti syarat/ peraturan tidak akan dilayan.

6. Permohonan daripada pegawai- pegawai yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui ketua Jabatan mengikuti perintah AM Bab ‘A’ Bil.17 dibawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam Tahun 2015 dan memastikan Laporan Penilaian Prestasi, Surat Kebenaran Permohonan dari Ketua Jabatan dan Salinan Kenyataan Perkhidamatan yang dikemaskini disertakan bersama-sama.

7. Permohonan hendaklah dihantar terus kepada :

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KULAI
JALAN PEJABAT KERAJAAN
81000 KULAI,JOHOR
(SEKSYEN PERJAWATAN)

Pada atau sebelum jam 5:00 petang pada 4 julai 2019 dengan mencatat Nama dan Jawatan yang dipohon disebelah kiri sampul surat.

Nota : Hanya calon-calon yang berkelayakan dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga. Mereka yang tidak dihubungi selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.

Semoga anda berjaya mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Kulai tahun 2019.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.