Header Ads

Jawatan Kosong TLDM 2022 Tentera Laut Diraja Malaysia

Jawatan Kosong TLDM 2022 Tentera Laut Diraja Malaysia. Anda berminat bekerja sebagai anggota badan beruniform? Peluang permohonan terbuka kepada pemohon yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan di Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tahun 2021. Untuk makluman, Tentera Laut Diraja Malaysia mempelawa belia tanah air untuk berkhidmat sebagai Anggota Lain-lain Pangkat (LLP) untuk menjawat jawatan Perajurit Muda. Permohonan ini boleh dibuat secara online di laman sesawang www.navy.mil.my sehingga tarikh tutup permohonan pada 2 Julai 2021.

Jawatan Kosong TLDM 2021 Tentera Laut Diraja Malaysia

Jawatan Kosong TLDM 2022 Tentera Laut Diraja Malaysia


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang jawatan kosong Tentera Laut Diraja Malaysia termasuk memaparkan kekosongan jawatan, aplikasi permohonan dan tarikh tutup :

Jawatan : PERAJURIT MUDA
Jabatan : Tentera Laut Diraja Malaysia
Lokasi Kekosongan : Pelbagai Negeri
Tarikh Tutup Permohonan : 2 Julai 2021


Syarat Kelayakan Pengambilan Perajurit Muda TLDM 


A. KELAYAKAN AKADEMIK

1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian di dalam matapelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan.

2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

B. SYARAT LAIN

1. Warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 25 tahun. Keutamaan kepada pemohon yang berumur 18 hingga 23 tahun pada tarikh 5 Mac 2018.

2. Taraf perkahwinan bujang.

3. Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada kelayakan akademik, pemeriksaan dokumentasi dan pemeriksaan fizikal. Pemohon yang memiliki Sijil Kokurikulum PKBM, Sijil PLKN atau kecemerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan. 

4. Penglihatan hendaklah terang dan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap serta tidak rabun warna.

5. Taraf kesihatan sihat tubuh badan, tidak cacat anggota, tidak pernah mengalami kecederaan teruk seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit asma, penyakit kronik yang lain dan tidak mempunyai penyakit keturunan. Diakui sihat dan tidak cacat anggota oleh Pegawai Peruhatan Kerajaan termasuk pemeriksaan x-ray serta disahkan oleh Pegawai Perubatan Angkatan Tentera Malaysia.

6. Calon wajib mempunyai alamat email persendirian (gmail/hotmail/yahoo dan lain-lain).

7. Syarat minimum ukuran fizikal. Berat badan minima 47.5kg (lelaki) dan 40.5 (wanita), tinggi sekurang-kurangnya 1.62cm (lelaki) 1.60cm (wanita), Body Mass Index di antara 18-25 (lelaki) 18-23 (wanita). Ukuran badan minima bagi lelaki adalah 76sm.

C. SIJIL AKADEMIK

1. Pemohon dikehendaki membawa bersama sijil dan dokumen ASAL seperti berikut ;

a. Kad pengenalan beserta 1 salinan

b. Sijil kelahiran pemohon beserta 1 salinan

c. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa - 1 salinan

d. Sijil berhenti sekolah beserta 1 salinan

e. Penyata/ Sijil SPM/ SVM/ SKM/ Transkrip Diploma beserta 1 salinan

2. Pemohon diwajibkan membawa sampul Pos Ekspress

Cara Permohonan Jawatan Kosong Perajurit Muda TLDM Online 


Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong Tentera Laut Diraja Malaysia secara dalam talian seperti di bawah :

Bagi anda yang memenuhi syarat-syarat kelayakan pengambilan perajurit muda TLDM Siri 223/22, anda boleh membuat permohonan secara online di laman web www.navy.mil.my.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh terus hubungi di talian 03- 20713303/ 3177 atau emel ke pengambilantldm@navy.mil.my.

Semoga anda berjaya mendapat mengisi kekosongan jawatan di Tentera Laut Diraja Malaysia tahun 2021.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.