Header Ads

Jawatan Kosong UNISEL 2023 Universiti Selangor

Jawatan Kosong UNISEL 2023 Universiti Selangor. Anda ingin bekerja di sektor kerajaan atau swasta? Peluang permohonan terbuka kepada pemohon yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan di Universiti Selangor (UNISEL). Untuk makluman, kini ditawarkan pelbagai jawatan kosong di Universiti Selangor tahun 2023. Permohonan jawatan kosong ini boleh dibuat secara online dengan memuat turun borang di laman web rasmi unisel. Tarikh tutup permohonan adalah pada 2 Julai 2021.

Jawatan Kosong UNISEL 2021 Universiti Selangor

Jawatan Kosong UNISEL 2023 Universiti Selangor


Universiti Selangor (UNISEL) merupakan Universiti swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
dan dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kami menawarkan pelbagai program pengajian di kampus Shah Alam dan Bestari Jaya. Sesuai dengan perkembangan kami yang pesat, kami mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut.

Jawatan : 
i. Penolong Pengurus N41
ii. Penolong Bendahari W41
iii. Pesara kontrak
Kekosongan Baru 2021
Lokasi Kekosongan : Selangor
Tarikh Tutup Permohonan : 2 Julai 2021

Cara Permohonan Jawatan Kosong Universiti Selangor Online


Berikut adalah panduan permohonan jawatan di Universiti Selangor secara dalam talian (online) seperti di bawah :

1. Calon yang berminat hendaklah mengemukakan Borang Permohonan beserta gambar berukuran pasport terkini, sijil-sijil yang telah disahkan dan Curriculum Vitae (CV) yang mengandungi maklumat berikut :
i. Latar belakang peribadi (termasuk No. Kad Pengenalan), keluarga, alamat surat menyurat, nombor telefon dan email untuk dihubungi;
ii. Latar belakang pendidikan dan pengalaman kerja;
iii. Anugerah dan hadiah yang diterima di mana-mana peringkat termasuk di peringkat Antarabangsa;

2. Permohonan hendaklah dihantar terus ke alamat berikut :

Pengarah Pentadbiran & Sumber Manusia
Universiti Selangor, Jalan Timur Tambahan
Kampus Bestari Jaya
45600 Bestari Jaya
Selangor
Tel : 03-3280 5058 / 03-3280 5077

3. Sila tulis nama jawatan dipohon di bahagian atas sebelah kanan sampul surat.

4. Tarikh akhir penerimaan borang permohonan adalah pada atau sebelum 2 Julai 2021.

5. Lain-lain:
i) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
ii) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan pada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
iii) Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web rasmi https://www.unisel.edu.my/vacancy/

Semoga anda berjaya ditawarkan jawatan di Universiti Selangor tahun 2023.

Sumber : unisel

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.